Andai suami tahu..
Apabila seorang isteri jatuh cinta,suaminya itu tidak harus punya segalanya tetapi suaminya itu adalah segalanya di hatinya.
Andai suami tahu..
Apabila seorang isteri itu mengalirkan air mata, bukan berarti dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai suaminya itu.
Andai sang suami tahu..
Apabila si isteri cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda tidak nyaman, tapi dia ingin si suami mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai suami tahu..
Apabila isteri berkata dia ingin kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mau menerima kamu apa adanya, tetapi dia mau menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai suami tahu..
Apabila si isteri cemburu dan tidak percaya kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi justru dia terlalu sayang kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu khawatir jika terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya ingin yang terbaik untuk kamu .
Andai sang suami tahu..
Apabila si isteri merajuk, jangan katakan dia mengada-ngada. Dia bukannya minta dibujuk dengan uang atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang membuat dia merasa dihargai.
Andai sang suami tahu..
Apabila isteri jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mau lelaki itu merasakam sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai suami tahu..
Apabila isteri berkata dia rindu dgn kamu, dia benar-benas sedang merasakannya
Andai suami tahu..
Apabila isteri berkata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mau menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun si isteri menganggap banyak yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai si suami tahu..
Apabila si isteri berkata kasar, dia bukan bermaksud utk kasar, tapi dia mau melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati seorang isteri itu sangat lembut.
Andai suami tahu..
Apabila isteri berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mau menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengendalikan perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai sang suami tahu..
Memang Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbedaan. Tetapi jika mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . sang isteri itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang suami itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang isteri dalam hidupmu kerana diri ini didatangkan bukan dengan kelemahan saja tetapi kami juga ada kekuatan untuk menyongkongmu dan membuatkan hidupmu lebih sempurna. Sang isterilah yang bakal menjadi perempuan terbaik, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anakmu.
Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya.....