Adakah anda rasa teringin makan sosis koktil bersama es krim atau meleleh air liur menahan keinginan untuk menikmati mangga atau coklat? Jangan khawatir, ramai ibu hamil mempunyai selera mengidam yang tidak biasa semasa hamil.
Jangan terkejut ibu hamil mendapati mengidam makanan tertentu semasa hamil,dan tidak semua benda yang diidamkan itu boleh didaftarkan untuk dimakan. Anda mungkin mempunyai keinginan yang tinggi terhadap buah jeruk dibungkus keju atau mayonis yang diceduk dengan sudu terus dari bekasnya,atau menikmati stik berlemak.
Sesetengah ibu hamil mengidam benda-benda yang tidak boleh dimakan seperti habuk,debu,tanah liat,kapur,batu bara,es, serbuk penaik,sabun,pasta gigi,warna cat,plaster,lilin,rambut,kopi hancur dan juga puntung rokok.
Penyebabnya
Tiada sesiapa pun tahu apa sebabnya berlaku kondisi mengidam ini, tetapi kombinasi antara biokimia,psikologi dan faktor budaya mungkin memainkan peranan. Ada beberapa studi mengatakan,kondisi mengidam tidak biasa ini berkaitan dengan kekurangan zat besi. Walaupun tiada satu benda yang diidamkan itu mengandungi jumlah zat besi yang nyata. Sesetengah ibu hamil yang mengalami anemia kekurangan zat besi,mengidam es sehingga kekurangan itu diatasi.
Sekiranya ibu hamil mengidam benda bukan makanan,ia bukan berarti anda mengalami apa-apa kekurangan dan ia juga bukan berarti anda terpaksa memakannya. Sesungguhnya memakan benda bukan makanan boleh menganggu keupayaan badan untuk menyerap gizi,dan mungkin boleh membawa kepada kekurangan zat. Walaupun memakan es tidak mungkin membawa sebarang masalah (mungkin rusak pada gigi),tetapi memakan habuk dan kebanyakan benda yang didaftarkan boleh menyebabkan masalah kesehatan seperti keracunan atau usus tersumbat,yang boleh membawa kepada akibat sangat kritis.
Dapatkan nasihat
Sekiranya ibu hamil mengidam benda bukan makanan, baik untuk berbicara dengan doktor. Walaupun kondisi mengidam ini menyerang ibu hamil yang sehat, ia bermanfaat untuk memeriksa badan bagi sebarang kemungkinan masalah fisik dan psikologi disebaliknya. Anda mungkin juga boleh menahan keinginan dengan mengambil sarapan pada setiap hari (boleh juga dengan buah-buahan),membuat banyak latihan dan pastikan anda mempunyai berjenis-jenis diet seimbang.
semoga bermanfaat
Info Kesehatan