SHARING
Banyak faedah apabila kekal aktif,tidak kira semasa hamil mahupun apabila saat melahirkan.
Satu sebab adalah ia menguatkan sistem kardiovaskular,jadi ibu mengandung tidak mudah letih. Kekal aktif juga memberi kelebihan lain seperti:
1. Ia membantu ibu dalam proses bersalin. Proses kelahiran bayi membutuhkan banyak tenaga. Sekiranya ibu hamil berada dalam keadaan sehat dan bertenaga,mudah untuk melaluinya.
2. Mengurangkan stres dan menaikkan semangat. Senaman merangsang paras serotonin, sejenis bahan kimia di dalam otak yang mempengaruhi perasaan seseorang. Sekiraya ibu berasa sedih, coba mainkan CD kegemaran dan buat gerakan ringkas. Boleh juga menikmati kelas tarian (tarian mudah dan pastikan guru tarian tahu keadaan diri ibu hamil yang sedang hamil.)
3. Mengurangkan ketakselesaan semasa hamil. Aktivitas senaman meregang dan menguatkan otot badan,membantu ibu menghadapi kesukaran dan kesakitan semasa hamil.
4. Mengelak “pregnancy blues”. Masuk bulan ke enam ataupun ke tujuh,kehamilan jadi semakin membosankan. Mencari aktivitas baru yang menyehatkan adalah jawaban paling baik bagi ibu mengandung.
5. Membantu untuk tidur nyenyak. Mencari posisi tidur yang selesa ada tantangan pada bula-bulan terakhir kehamilan karena ibu membawa berat berlebihan. Senaman akan membantu ibu hamil tidur dengan lebih nyenyak karena keletihan.
6. Memperbaiki imej diri. Walaupun ibu tahu kenaikan berat badan ini bersebab tetapi melihat jarum timbangan itu terus naik,tetap membuat hati berdebar. Kekal sehat dan aktif akan mengurangkan rasa tak selesa itu.
Tips untuk senaman yang selamat
Memastikan ibu dan bayi selamat apabila bersenam:
*Dapatkan nasihat dokter sebelum mulakan program senaman.
*Pakai baju yang longgar,serta menyerap peluh,kasut selesa dan pastikan coli mampu melakukan tugasnya dengan baik.
*Panaskan badan sebelum mula bersenam bagi mengelak kejutan pada ligament.
*Kerap minum air putih sebelum,semasa dan selepas bersenam bagi mengelak badan kekeringan air.
*Elak melakukan aktivitas regangan keterlaluan karena bimbang ligament tergeliat.
*Elak melakukan senaman berlebihan,coba perlahankan aktivitas sekiranya tidak mampu menamatkan senaman.
*Sekiranya ibu hamil berasa sakit atau tidak selesa,berhenti serta-merta. Coba membantu badan bersenam dan bukan memaksanya.
*Elak daripada melakukan senaman yang memerlukan ibu terlentang selepas trimester pertama. Selain tidak selesa,posisi ini boleh memberi kesan pada peredaran darah ke uterus.
*Bangun dari lantai dengan perlahan-lahan bagi mengelakkan rasa pening sekiranya dilakukan dengan pantas.
*Bersantai sebentar,bagi memberi ruang pada jantung berdenyut pada paras normal.