Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti menghimpit pundit kencing, mengalami haid yang banyak, sakit semasa haid dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanker.
Di kalangan wanita yang mengalami fibroid, memelihara pola pemakanan yang betul memainkan peran yang besar terhadap rawatan fibroid di peringkat awal. Pola pemakanan yang betul akan membantut pertumbuhan fibroid. 3 prinsip utama perlu dikendalikan iaitu pertama,pengambilan makanan secara konsisten dan kuantitatif dan tidak terlebih makan, kedua,pengambilan makanan berlemak rendah, lebihkan makan daging tanpa lemak,sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya dan ketiga,lebihkan pengambilan bijirin seperti jagung, kekacang.
Di samping itu, penghidap fibroid perlu makan jenis makanan yang cenderung hambar, lebihkan makan sayur-sayuran,buah-buahan dan elakkan makanan yang bergris. Secara keseluruhan, penghidap fibroid perlu menghindarkan diri daripada makanan yang memberi rangsangan yang besar terhadap badan seperti lada,cili. Lagipun, pertumbuhan fibroid adalah berhubungan dengan rangsangan hormon estrogen secara jangka panjang.
Melalui eksperimen hewan membuktikan bahwa makanan yang berlemak tinggi akan merangsang pertumbuhan dan pembebasan hormon,jadi kadar berlakunya penyakit fibroid atas wanita yang gemuk adalah lebih tinggi jika berbanding dengan yang lain. Di samping itu, penghidap fibroid juga perlu mengelakkan daripada makan kolagen, produk peningkatan payudara, gelatin, royal jelly(madu susu lebah) dan lain-lain makanan yang mudah terasa badan panas, mengakibatkan pengumpalan darah dan mengandungi komponen-komponen hormon.
INFO KESEHATAN