SHARING
Penting bagi memastikan ibu hamil dan bayi yang sedang membesar mendapat semua gizi yang diperlukan oleh badan, caranya adalah dengan makan makanan berkhasiat,diet seimbang yang kaya dengan vitamin dan mineral.
Walaupun hamil, jangan fikir ibu hamil makan untuk 2 orang.secara purata,ibu hamil hanya memerlukan 200 kalori tambahan sehari. Itu pun pada 3 bulan terakhir dalam tempoh kehamilan.
Diet disarankan
Bagi memastikan ibu dan bayi mendapat cukup nutrisi,ibu hamil perlu makan:
1. Paling kurang 5 bagian buah-buahan, sayur-sayuran dalam sehari-segar,beku,dalam tin,kering ataupun segelas buah-buahan.
2. Banyak mengambil makanan berkanji seperti roti, pasta,nasi dan kentang pilih bijian penuh sekiranya boleh
3. Makanan kaya dengan protein seperti isi daging dan ayam,ikan(sasarkan untuk makan 2kali dalam seminggu,termasuk ikan berminyak),termasuk telur,kacang dan bijian kacang kaya dengan zat besi.
4. Banyak kandungan serat(fibre),ia dapat mengelak sembelit dan boleh didapati daripada roti,nasi,bijian dan kekacang,buah-buahan dan sayur-sayuran.
5. Makanan kaya kalsium seperti bahan tenusu sperti susu,keju dan yogurt.
Bagi kudapan pula, makan pisang berbanding coklat atau sorbet buah-buahan berbanding aiskrim. Sekiranya kita sukakan biskut,jangan rasa bersalah,nikmatilah ia.
Selera berubah-ubah
Selera ibu hamil sendiri adalah petunjuk terbaik untuk mengetahui jumlah makanan yang perlu dimakan. Anda dapati selera sering berubah-ubah sebagaimana perkembangan kehamilan:
1. Beberapa minggu pertama,selera mungkin turun mendadak dan ibu hamil tidak berselera untuk makan seperti biasa,terutamanya apabila anda mengalami loya atau sakit
2. Pada pertengahan usia kehamilan, selera ibu hamil mungkin sama seperti sebelum ini atau bertambah sedikit
3. Pada penghujung kehamilan, selera mungkin akan naik tetapi ibu hamil akan mengalami pedih hulu hati(heartburn)atau segah(perut terlalu penuh) selepas makan, bagi mengelakkan perkara ini berlaku, anda perlu makan dalam kuantitas sedikit tetapi lebih kerap.
Walaupun ibu hamil tidak berasa lapar, kemungkinan bayi berasa lapar. Coba makan selang setiap 4 jam. Sekiranya mengalami pedih hulu hati,masalah ketidakhadaman atau tidak berselera,ibu hamil boleh makan 5 hingga 6 kali hidangan kecil sehari berbanding 3 kali hidangan besar. Ia lebih mudah.
Asid folik
Vitamin B asid folik adalah sangat penting semasa hamil. Kekurangan asid ini boleh menyebabkan kecacatan kelahiran tiub neural seperti spina bifida. Dokter mencadangkan ibu hamil mengambil 400mcg asid folik dalam suplemen bermula dari tarikh mula merancang untuk hamil hingga ke minggu 12 kehamilan. Ibu juga perlu mendapat sumber semulajadi folik asid iaitu folat(folate)daripada makanan yang dimakan. Sayuran berdaun hijau seperti kubis dan brokoli adalah sumber yang baik untuk mendapat bekalan itu. Sumber-sumber lain adalah seperti kacang hitam,emping bran,betik dan yis dalam roti.
please "like" PAGE Info Kesehatan di
https://www.facebook.com/pages/Info-...13493355378681