Q : sekiranya mengalami keguguran yang diakibatkan oleh Fibroid yang membesar, bolehkah saya mengandung dengan Fibroid pada masa depan?
Kes ini perlulah mengkonfirmasi sama ada keguguran diakibatkan oleh Fibroid ataupun sebab-sebab lain. Sekiranya keguguran disebabkan oleh Fibroid, maka merancang hamil hanya selepas surgeri pembuangan Fibroid dijalankan. Sebaliknya, jika keguguran berlaku dengan sebab yang tidak diketahui, jadi meninjau selama 3-6 bulan selepas keguguran,dan bertimbang untuk mengandung dengan Fibroid jika saiznya kecil daripada 5cm. jika melebihi 5cm, sarankan supaya membedah sebelum merancang hamil.
Q : bolehkan saya membuangkan Fibroid sewaktu membuat pembedahan Caesarean?
Ini bukanlah solusi yang ideal yang mana uterus akan menjadi lebih besar dan bersifat lembut semasa kehamilan, jadi pendarahan mudah berlaku dan ini akan membahayakan ibu hamil dan janin. Surgeri pembuangan Fibroid boleh dibuat selepas kelahiran bayi. lagipula, tidak semestinya ibu hamil harus melakukan pembedahan Caesarean jika lokasi Fibroid tertumbuh di luar uterus. Kelahiran secara alami adalah diizinkan.
Q : bagaimana dapat mengikut jejak ketumbuhan Fibroid dengan lebih awal?
Kebanyakan Fibroid dikesan dan didiagnosis melalui imbasan ultrabunyi. Saiz Fibroid yang tidak melebihi 3cm adalah susah dikesan dan mungkin juga tidak dapat didiagnosis melalui pemeriksaan ginekologi. Justeru, sekiranya terdapat gejala ketaknormalan dalam haid,kesakitan perut dan berkembung, berjumpa dokter dengan segera untuk membuat pemeriksaan secara terinci.
PLEASE LIKE & SHARE
INFO KESEHATAN