SHARING
Menjaga kesehatan bakal bapa adalah sangat penting karena terdapat faktor-faktor gaya hidup yang dapat memberi efek pada kesuburan. Berita baiknya adalah sekiranya kita prihatin dengan ancaman tersembunyi pada kesuburan ini, ia mudah untuk dielak.
Bakal bapa perlu mempunyai berat badan dalam indeks(BMI) daripada 20 hingga 25 apabila berusaha untuk hamil. Tinggi ataupun rendah tahap indeks BMI akan mempengaruhi pengeluaran sperma secara langsung. Ia membantu sekiranya diet bakal bapa mengandungi zat zink (didapati daripada daging cincang dan kacang panggang atau baked bean ),folat (makan sayuran hijau dan berdaun) dan vitamin C(buah-buahan sitrus), semua zat daripada makanan ini akan membantu badan mengeluarkan sperma sehat.
Gaya hidup dan kesuburan
Selain makanan, ada beberapa faktor gaya hidup yang dapat mempengaruhi tahap kesuburan bakal bapa seperti:
Tekanan,kadangkala memberi kesan pada kuantitas sperma, hanya berehat mungkin dapat menambahkan kesuburan.
obat-obatan,samada melalui preskripsi ataupun dibeli sendiri. Semak dengan dokter sekiranya perlu.
Rawatan kanker dan X-ray , rawatan kemoterapi dapat menyebabkan kehilangan kekal kesuburan tetapi pakar tidak mempunyai bukti kukuh sama ada X-ray memberi efek pada sperma atau tidak.
Kecederaan pada alat kelamin, ia dapat menjejaskan keupayaan pengeluaran sperma ataupun pancutan. Sekiranya bermain sukan lasak,lindungi dengan alat keselamatan.
Merokok, lelaki merokok boleh memudaratkan kuantitas dan kualitas sperma yang dihasilkan.
Dadah rekreasi, kokain, marijuana dan steroid anabolik, semuanya mempunyai kaitan dengan pengurangan kualitas sperma.
Semoga bermanfaat.
banyak lagi info di Info Kesehatan