Forum Ibu Hamil dan Kehamilan Daftar di IbuHamil.com untuk ikutan diskusi seputar kehamilan

  Forum Ibu Hamil dan Kehamilan > Diskusi Seputar Kehamilan > Diskusi Umum

Selamat datang di IbuHamil.com, sebuah forum seputar kehamilan. Untuk bertanya atau diskusi dengan bumil lain, silakan bergabung dengan komunitas kami.
  #1  
Old
hasna6...   TS 
 
Posts: 78
Default kehamilan kosong

SHARING

Kantung kehamilan iaitu tempat yang mana embrio akan berkembang dan membentuk janin. Kehamilan kosong atau istilah medisnya, Blighted Ovum, dikenal juga sebagai kehamilan tanpa embrio, iaitu kondisi yang mana walaupun kantung kehamilan terbentuk dan berkembang, namun embrio tidak terbentuk. Antara faktor-faktor terjadinya kehamilan kosong ialah kualitas sperma yang tidak baik,kawasan persekitaran dan lain-lain lagi yang akan menjejaskan perkembangan embrio. Kehamilan kosong biasanya akan disarankan menjalankan keguguran secara alami.

Ada sebilangan kaum wanita berkemungkinan tertanya-tanya kenapa mengalami kehamilan kosong sedangkan tiada amalkan tabiat hidup yang tidak baik.

1. Kenapa terjadinya kehamilan kosong?
Sampai saat ini belum diketahui dengan pasti penyebab terjadinya kehamilan kosong atau blighted ovum. namun berdasarkan kajian kepada kes perobatan menunjukkan bahwa berlakunya kehamilan kosong berkaitan dengan gizi,usia dan sebagainya.

2. Gejala kehamilan kosong
Antara gejala kehamilan kosong yang ketara ialah pendarahan faraj selepas berhentinya haid dan biasanya berlaku ke atas ibu hamil dalam kandungan 2-3 bulan,rahim berkembang, tanda kehamilan seperti muntah bertambah serius dan berpanjangan, pembengkakan sista ovari. Dan sebilangan kaum wanita pula kesakitan perut,tekanan darah tinggi, Proteinuria( terlalu banyak protein dalam urin yang dihasilkan dari adanya kerusakan ginjal. ), Hyperthyroidism dan sebagainya.

3. Kehamilan kosong secara tipikal
Kehamilan kosong boleh dikategorikan kepada dua iaitu tipikal dan atipikal. Kehamilan kosong tipikal majoritinya puncanya daripada masalah kondisi badan wanita sendiri dan sebaliknya sebab terjadinya kehamilan kosong atipikal ialah punca dari kaum lelaki. Kadar kehamilan kosong atipikal berubah menjadi kritikal adalah rendah berbanding dengan kehamilan kosong tipikal. Kebiasaanya kehamilan kosong sekadar terjadi dalam rahim rongga, yang juga dikenali sebagai kehamilan kosong bersifat benign; ada juga sebagian kehamilan kosong yang terjadi dalam rahim otot atau tertumbuh pada bagian lain, ini dikenali sebagai kehamilan kosong bersifat malignan.

Perawatan kemoterapi perlu dijalankan sekiranya :
• kehamilan kosong berisiko tinggi menjadi kritikal
• selepas menjalankan pembedahan kuret mengeluarkan kantung kehamilan. Pemeriksaan konsisten selepas pembedahan kuret adalah penting. tambahan pula, melakukan pencegahan kehamilan dalam tempoh 1-2 tahun.
Sekiranya didiagnosis mengalami kehamilan kosong, kantung kehamilan harus dikeluarkan dengan segera. Cara yang biasa digunakan ialah kuret iaitu menyedut kantung kehamilan dari rongga rahim. Biasanya ia susah dikeluarkan pada kali pertama pembedahan dan perlu menjalankan sekali lagi selepas 1 minggu.

4. Kadar berulangan
Kebanyakan ibu hamil yang mengalami kehamilan kosong akan melahirkan anak yang normal pada waktu kehamilan yang seterusnya. Walaupun demikian, peluang ibu hamil yang pernah mengalami kehamilan kosong berlaku berulangan adalah lebih tinggi berbanding dengan ibu hamil yang lain. Jadi, kaum wanita yang pernah mengalami kehamilan kosong haruslah menjalankan pemeriksaan kesehatan badan secara konsisten untuk menjamin kondisi badan adalah sesuai untuk kehamilan.

Langkah-langkah pencegahan kehamilan kosong:
o Merancang kehamilan hanya selepas 1 tahun mencegah kehamilan---Cara utama yang digunakan ialah mengguna kondom dan keduanya ialah penggunaan obatan. Elakkan mengambil pil pencegah kehamilan atau IUD(Intrauterine Device,iaitu satu alat plastik kecil yang diletakkan di dalam rahim wanita sebagai cara untuk mengelak dari hamil. ) pengambilan pil pencegah kehamilan akan memperlahankan degradasi baki sel-sel kantung kehamilan, dan IUD pula akan merangsang lapisan endometrium. Semua tindakan ini berkemungkinan mendorong kepada keadaan menjadi kritikal.

o Pemeriksaan konsisten--- untuk mencegah keadaan menjadi kritikal,maka pemeriksaan urin dan HCG perlu dijalankan supaya dapat mengesan dengan lebih awal. Selepas menjalani pembedahan kuret, uji urin harus dijalankan seminggu sekali sehingga ujian kencing kehamilan bersifat negatif. Selepas ini,uji urin dijalankan sebulan sekali,dan seterusnya 3 bulan sekali. Pemeriksaan harus dilakukan sekurang-kurangnya 2 tahun dan hanya disarankan beranak selepas ini.

o Pemantauan rapi--- ibu hamil yang pernah mengalami kehamilan kosong cenderung lebih berisiko tinggi dalam menghadapi masalah yang sama berbanding dengan wanita yang lain. Jadi pemantauan rapi adalah diperlukan untuk mengawal kondisi badan ibu hamil.
 
Thread lain yang berhubungan:
Silakan daftar untuk menulis pesan :-)


Topik yang mirip
Thread Thread Starter Forum Replies Post Terakhir
kehamilan kosong -- Ngobrol Apa Saja 26
bayi kurang berkembang n kehamilan kosong -- Kenalan Yuk! 14
Kantong rahim kosong usia kehamilan 4/5 minggu -- Diskusi Umum 10
gejala kehamilan terasa namun usg kosong -- Diskusi Umum 4
blighted ovum (BO) atau kehamilan kosong -- Diskusi Umum 16


Zona waktu GMT +7. Waktu saat ini adalah 01:55.


IbuHamil.com - Forum Informasi Kehamilan
Forum diskusi kehamilan dan komunitas ibu hamil terbesar di Indonesia
© 2024 IbuHamil.com