SHARING
Diet secara jangka panjang berkemungkinan besar menganggu hormon endokrin, seterusnya menyebabkan siklus haid tidak teratur dan akhirnya menyebabkan ketidaksuburan. siklus haid yang teratur adalah prasyarat untuk memastikan proses ovulasi yang normal dan teratur pada setiap bulan. Ovulasi bermakna telur yang matang dilepaskan dari salah satu indung telur ke dalam rahim. Setiap bulan, telur yang paling matang dilepaskan ke dalam kaviti pelvis dan ditarik masuk ke dalam tiub fallopio. Dari situ bermulalah fasa luteal yang mana telur akan bersedia untuk disenyawakan oleh sperma.
Kelangsingan badan merupakan hajat dan sasaran bagi mayoritas kaum wanita pada masa kini. Diet dan pengambilan obat adalah cara yang biasa yang digunakan untuk mencapai matlamat ini. Biarpun keburukan diet secara terlampau diketahui umum, namun kebanyakan wanita tidak mengambil berat tentang isu ini. Sesungguhnya terdapat segelintir orang sukses menurunkan berat badan dalam masa yang singkat, tetapi efek sampingan turut tertunjuk seperti penghentian haid,anoreksia dan sebagainya. Anoreksia adalah gangguan makan yang ditandai oleh penolakan makanan yang mengakibatkan berat badan berkurang sampai ke tingkat yang membahayakan.
Mungkin disebabkan mereka tidak berniat untuk kehamilan, jadi tidak mempedulikan efek negatif yang akan diakibatkan oleh diet jangka panjang. tetapi satu fakta telah diabaikan oleh mereka iaitu diet secara terlebih akan menyebabkan kulit menjadi gelap, kasar dan kendur, seterusnya terjadi kegagalan indung telur pra-matang, rahim atrofi, dan akhirnya kehilangan keupayaan kehamilan.
Pada keadaan yang normal, percentase lemak badan rata-rata seseorang wanita adalah 23%. (lelaki mempunyai kira-kira 17%) Wanita mempunyai percentase lemak badan yang tinggi berbanding lelaki. Ini karena wanita memerlukan lebih lemak berbanding lelaki untuk berfungsi semasa kehamilan, melahirkan anak, penyusuan ibu dan untuk hormon-hormon lain berfungsi. Sekiranya percentase lemak badan lebih rendah daripada datar ini maka mudah terjadi amenore primer, kesuburan akan terjejas sekiranya berada di datar serius.
Amenore adalah suatu kondisi yang mana tidak adanya kedatangan haid, baik yang bersifat sementara mahupun menetap. Para ahli mengolongkan amenore kepada 2 iaitu amenore primer (kedatangan haid tidak pernah timbul) dan amenore sekunder (kedatangan haid berlangsung dengan normal, namun tiba-tiba berhenti akibat sebab tertentu selama 12 bulan dan bahkan lebih)
Berdasarkan kajian menunjukkan bahwa walaupun selera makan seseorang wanita yang berdiet jangka panjang kembali kepada normal dan pertambahan berat badan, tetapi penghentian haid akan berkekalan selama 1 hingga 2 tahun. Ini disebabkan kelaparan jangka panjang telah merusakkan fungsi kelenjar pituitari yang mana ia tidak dapat mengeluarkan hormon secara normal bersifat sementara.
Tambahan pula, prolapse rahim akan terjadi jika kehilangan perlindungan daripada lemak yang mencukupi. Prolapse rahim adalah satu kondisi di mana rahim dan servik mengalami kejatuhan atau turun ke dalam vagina dan kadang-kala terkeluar dari saluran vagina. Ini disebabkan ligamen dan tisu yang menyokong rahim menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Sekiranya berada pada datar serius akan terjadi jangkitan serviks mahupun keradangan serviks.
Langkah-langkah yang boleh diambil oleh pesakit amenore
1. penyembuhan tanpa perawatan : amenore yang berkaitan dengan diet secara terlampau, biasanya berat badan akan kembali selepas amalkan pola pemakanan yang normal dalam satu jangka masa.
2. penyembuhan melalui pengambilan obatan dokter : pengambilan obatan ovulasi serentak dengan amalkan pola pemakanan yang sehat. Proses ovulasi biasanya akan kembali kepada normal.
Para pakar menasihati kaum wanita supaya menggunakan cara yang betul untuk mengurangkan berat badan yang mana senaman dan pemakanan merupakan satu-satu cara dalam mencapai keberhasilan pengurangan berat badan. Jangan diet secara terlebih atau bertindak terburu-buru, keadaan kesehatan badan harus diutamakan dalam pengurangan berat badan.