Hai, bunda-bunda. hanya nak share info je...
Apakah Polip Serviks? Polip Serviks adalah penyakit ginekologi yang relatif umum, iaitu tumor jinak yang tumbuh di permukaan mukosa serviks dan dapat berkembang. Kuantiti dan saiz Polip Serviks juga berbeza-beza yang mana hanya tumbuh satu namun juga berkemungkinan tumbuh beberapa biji. Bahkan saiznya milimeter dapat berukuran beberapa mm hingga beberapa cm.
Penyebab Polip Serviks sering dihubungkan dengan radang yang kronik pada leher rahim, paras hormon estrogen terlalu tinggi dan gangguan hormon endokrin.
Walaupun Polip Serviks merupakan tumor jinak, tetapi pendarahan yang abnormal akan menganggu kehidupan harian dan terdapat kemungkinan menjadi kanker. Lagipun kadar berulang penyakit ini agak tinggi. Jadi selain daripada menerima rawatan juga perlu mengesani penyakit itu secara berterusan.
Kebiasaannya Polip yang bersaiz kecil tidak memberikan gejala dan kebanyakan hanya akan ditemukan dalam pemeriksaan ginekologi. Sebaliknya Polip yang bersaiz besar akan memberikan gejala seperti keputihan berdarah, atau pendarahan selepas hubungan seks,membuang air besar dan tempoh bukan kedatangan haid.
Ini karena kebanyakan Polip Serviks kaya dengan mikrovaskular pada permukaannya, berwarna merah,lembut dan mungkin berlakunya pendarahan sekiranya disentuh. Ini mengakibatkan jangkitan dan terjadinya ulser. Sejenis Polip yang tumbuh di bahagian serviks ke arah vagina merupakan tisu penghubung berserabut, berwarna merah muda,tekstur padat dan tidak mudah berlaku pendarahan.
Secara umumnya, penyakit ini selainnya didiagnosis melalui pemeriksaan pakar ginekologi, kebanyakan pesakit Polip Serviks berjumpa dengan dokter apabila mengalami pendarahan yang abnormal. Pendarahan yang abnormal mirip dengan kanker serviks dan ini membangkitkan kebimbangan pesakit-pesakit.
Sekiranya didiagnosis menghidap penyakit Polip Serviks, disarankan supaya menjalankan pembedahan untuk membuangkan Polip. Lagipun pendarahan Polip akan berlaku pada saat melakukan hubungan seks. Biarpun kadar menjadi kanker adalah rendah, tetapi masih terdapat risiko yang mana kadarnya setinggi 10-15%, terutamanya pada wanita yang berada dalam tempoh menopause. Jadi sama ada memperbaiki kualiti kehidupan atau mengelakkan daripada menjadi kanker, dokter akan mencadangkan pembuangan Polip.
Pembedahan adalah cara perawatan Polip Serviks yang diutamakan. Namun, sekiranya terdapat keradangan dalam Polip,masalah jangkitan perlu dikawal sebelum pembedahan. Sekiranya terdapat pendarahan akut, penghentian pendarahan harus dilakukan.
Pesakit Polip Serviks berkemungkinan akan mengalami penyakit ini lagi selepas menjalani pembedahan, kadarnya di antara 6%. Kadar berulang adalah berhubungan rapat dengan cara pembedahan,ini disebabkan sebilangan dokter hanya membuangkan Polip dan tidak merawat dari akar umbi. Sekiranya boleh merawat dari akar umbinya, maka kadar berulang dijangka menurun. Lagipun pembuangan Polip turut menyumbang kepada berkurangan kadar keguguran semasa kehamilan.