Forum Ibu Hamil dan Kehamilan Daftar di IbuHamil.com untuk ikutan diskusi seputar kehamilan

  Forum Ibu Hamil dan Kehamilan > Diskusi Seputar Kehamilan > Diskusi Umum

Selamat datang di IbuHamil.com, sebuah forum seputar kehamilan. Untuk bertanya atau diskusi dengan bumil lain, silakan bergabung dengan komunitas kami.
  #1  
Old
hasna6...   TS 
 
Posts: 78
Default Badan yang cantik semasa kehamilan (Part 2)

Selepas trimester pertama, ramai ibu hamil mula kelihatan “berseri” dan menikmati kulit bersinar,rambut tebal berkilau dan kuku yang kuat. Ada juga yang mendapati rambut mereka tidak terurus dan kulit bertompok. Disenaraikan di sini perubahan yang bakal berlaku apabila melalui minggu-minggu ini.

Linea nigra
Garisan gelap yang melintang, selebar 1cm kelihatan di tengah-tengah perut melimtasi pusat dan biasanya kelihatan di sekitar trimeseter kedua. Ia berlaku disebabkan oleh perubatan pigmen kulit di mana otot abdomen merenggang dan terpisah sedikit bagi menyesuaikan saiz bayi yang sedang membesar. Garisan itu menjadi lebih gelap apabila terkena cahaya matahari,oleh itu disarankan untuk memakai pelindung sinaran matahari atau elak daripada terkena cahaya sepenuhnya,terutamanya pada hari-hari panas. Garisan itu mula pudar selepas beberapa minggu bayi dilahirkan dan ia perlu digosok lembut bagi menanggalkan kulit kering. Bagian lain yang mempunyai pigmentasi seperti putting payudara,tahi lalat dan bintik-bintik, juga akan menjadi lebih gelap tetapi ia juga akan pudar selepas bersalin.


Kulit berseri
Kulit berseri dan bersinar semasa hamil bukan hanya cakap-cakap kosong. Kulit ibu hamil mempunyai lebiih lembap semasa hamil di mana ia gebu, melembutkan semua garis halus dan kedutan yang ada. Senar merah jambu yang terpancar pada wajah menjadikan ibu hamil lebih berseri. Ia disebabkan oleh peningkatan jumlah darah dalam badan. Kadangkala, ia akan membuat ibu hamil kelihatan kemerah-merahan seperti dalam keadaan menahan malu. Keburukannya adalah ibu hamil juga kelihatan seperti membengkak disebabkan oleh kandungan air yang berlebihan. Malangnya lagi, tompok-tompok merah sedia ada pada badan menjadi lebih terang.

Solusinya bukan dengan mengurangkan pengambilan air bagi mengurangkan kandungan air berlebihan. Badan ibu hamil tetap memerlukan cecair tetapi harus berehat sebanyak yang boleh.

Tompokan merah akan reda apabila bayi dilahirkan,tetapi sementara menantikan waktu bersalin,ibu hamil dapat menyembunyikan warna tompokan itu dengan menggunakan bedak asas menutup tompok itu.


Urat labah-labah (spider veins)
Urat darah kecil dan halus terletak di bawah permukaan kulit lebih jelas kelihatan apabila ibu hamil. Biasanya, ia disebabkan oleh factor keturunan daj malang sekali,ia tidak akan hilang walaupun setelah bersalin. Garisan merah mungkin akan lebih pudar atau ia membentuk seperti bulatan seakan-akan sarang labah-labah. Berita baik adalah ia tidak merbahaya dan mudah disembunyikan dengan alat solek.

Sesetengah ahli terapi mengatakan apabila mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C,ia dapat menguatkan kapilari dan lebihan vitamin E turut membantu. Bagaimanapun, tiada kajian yang menyokong dakwaan tersebut.

semoga bermanfaat
Info Kesehatan
 
Silakan daftar untuk menulis pesan :-)


Topik yang mirip
Thread Thread Starter Forum Replies Post Terakhir
berat badan ideal semasa kehamilan -- Diskusi Umum 2
berat badan semasa hamil naik nya sangat pesat..... -- Diskusi Umum 28
Pengambilan obatan semasa kehamilan -- Diskusi Umum 2
Kenaikan berat badan semasa hamil -- Diskusi Umum 0
Badan yang cantik semasa kehamilan (Part 1) -- Diskusi Umum 0


Zona waktu GMT +7. Waktu saat ini adalah 18:07.


IbuHamil.com - Forum Informasi Kehamilan
Forum diskusi kehamilan dan komunitas ibu hamil terbesar di Indonesia
© 2024 IbuHamil.com