Forum Ibu Hamil dan Kehamilan Daftar di IbuHamil.com untuk ikutan diskusi seputar kehamilan

  Forum Ibu Hamil dan Kehamilan > Diskusi Seputar Kehamilan > Diskusi Umum

Selamat datang di IbuHamil.com, sebuah forum seputar kehamilan. Untuk bertanya atau diskusi dengan bumil lain, silakan bergabung dengan komunitas kami.
  #1  
Old
hasna6...   TS 
 
Posts: 78
Default Badan yang cantik semasa kehamilan (Part 1)

Selepas trimester pertama, ramai ibu hamil mula kelihatan “berseri” dan menikmati kulit bersinar,rambut tebal berkilau dan kuku yang kuat. Ada juga yang mendapati rambut mereka tidak terurus dan kulit bertompok. Disenaraikan di sini perubahan yang bakal berlaku apabila melalui minggu-minggu ini.

Kulit baru

Kulit bersinar adalah bonus kecantikan paling hebat semasa hamil. Walaupun begitu bagi ibu lain, ia masih seperti biasa karena perubahan kulit tidak banyak memberi kesan pada penampilan diri. Berita baiknya adalah kulit ini akan menjadi bersih sehingga bayi dilahirkan.

Kesan parut kehamilan(stretch mark)

Garisan halus berwarna merah atau cokelat(bergantung pada warna kulit ibu),adalah kesan parut yang muncul di kawasan abdomen,payudara dan pangkal peha. 75-90% ibu hamil akan mengalaminya dan mungkin jelas kelihatan sekiranya berat badan naik dan menyebabkan kulit meregang. Paras hormon tinggi juga boleh mengganggu keseimbangan protein kulit dan menjadikannya lebih nipis.

Selepas hamil, pigmentasi (warna kulit gelap)pada kesan parut akan pudar secara perlahan-lahan dan jalur parut menjadi lebih cerah daripada kulit sekitarnya. Ia mengambil masa untuk hilang. Sesetengah ibu yang mempunyai kulit yang lebih elastic tidak akan mempunyai kesan parut. Tetapi pada kebanyakan daripada ibu hamil, kesan parut adalah perkara normal dalam proses kehamilan. Parut dapat dielak dengan cara mengurangkan kenaikan berat badan secara mendadak dan sapukan minyak atau krim yang kaya dengan vitamin E di bagian perut bagi menjadikannya lebuih lembut. Makan makanan yang kaya dengan vitamin E dan C,zink dan silica bagi membantu kulit menjadi lebih sehat.

Kloasma (topeng kehamilan)

Kloasma adalah tompok-tompok perang atau pigmentasi pada dahi, pipi dan leher. Ibu berkulit gelap mempunyai tompok yang lebih cerah. Ia wujud disebabkan oleh peningkatan pengeluaran melanin,hormone gelap yang melindungi kulit daripada cahaya ultraungu.

Pendedahan terhadap cahaya matahari akan menambah warna gelap tompok dan menjadikannya lebih jelas dan mudah kelihatan. Oleh itu lindungi kulit daripada pelindung sinaran matahari (SPF 15 atau lebih)dan memakai topi sekiranya keluar rumah. Cahaya matahari juga akan membuatkannya muncul kembali pada kehamilan berikutnya. Sekiranya tompok itu kelihatan jelas, guna bedak asas berwarna (tinted foundation) bagi meratakan warna kulit. Tompok-tompok itu akan hilang selepas tiga bulan bayi dilahirkan.


semoga bermanfaat
Info Kesehatan
 
Thread lain yang berhubungan:
Silakan daftar untuk menulis pesan :-)


Topik yang mirip
Thread Thread Starter Forum Replies Post Terakhir
rambut rontok semasa kehamilan -- Diskusi Umum 19
berat badan ideal semasa kehamilan -- Diskusi Umum 2
berat badan semasa hamil naik nya sangat pesat..... -- Diskusi Umum 28
Pengambilan obatan semasa kehamilan -- Diskusi Umum 2
Kenaikan berat badan semasa hamil -- Diskusi Umum 0


Zona waktu GMT +7. Waktu saat ini adalah 17:49.


IbuHamil.com - Forum Informasi Kehamilan
Forum diskusi kehamilan dan komunitas ibu hamil terbesar di Indonesia
© 2024 IbuHamil.com