Keadaan badan ibu hamil akan berubah selepas kehamilan dan enzim dalam badan akan berpengaruh terhadap proses metabolisme sebilangan obatan. Lagipun sekiranya ibu hamil memakan obatan tanpa waspada akan mengakibatkan efek buruk yang mana obatan mudah diserap oleh janin yang berada dalam proses tumbesaran. Ini akan membawa efek negatif yang besar terhadap janin terutamanya dalam peringkat awal kehamilan iaitu semasa pembentukan organ-organ janin.
Atas sebab perubahan keadaan badan ibu hamil, jadi obatan tidak mudah didetoksifikasi dan dibuangkan melalui perkumuhan,dan ia akan terkumpul dalam badan maka perkembangan janin akan terjejas. Justeru, ibu hamil disarankan supaya berwaspada dalam memakan obatan walau ubat selesema dan lain-lain lagi. Meskipun mengambil obat semasa kehamilan berisiko membawa efek buruk tertentu tetapi juga terdapat kebaikan yang mana sebagian daripada obatan dapat merawat penyakit tertentu yang cenderung lebih bahaya. Jadi,cadangkan memakan obatan preskripsi dengan mengikut perintah dokter.
Panduan asas ibu hamil mengambil obat:
Dilarang memakan obat tanpa preskripsi
Ibu hamil janganlah memakan obat tanpa preskripsi dan semua obatan haruslah diambil bawah perintah dokter. Sekiranya terdapat beberapa pilihan antara obatan yang memberi kesan rawatan yang sama, pilihlah obatan yang cenderung memberi efek buruk yang lebih kecil terhadap janin.
Dilarang memakan obat semasa peringkat awal kehamilan
Bagi obatan yang bukan berperan merawat penyakit atau boleh dihentikan buat sementara, jadi elakkan daripada mengambil obatan tersebut semasa peringkat awal kehamilan.
Kurangkan dos obat dan masa pengambilan
Memakan obat dengan mengikut dos yang minimum dan masa keberkesanan iaitu elakkan memakan obat dengan dos yang tinggi dan berkekalan dalam jangka panjang.
Membaca panduan sebelum memakan obat
Ini adalah perlu untuk membaca dan memahami panduan asas obatan sebelum memakan. Elakkan mengambil obatan yang ditandakan dengan arahan”larangan ”atau “awas” bagi golongan ibu hamil.
Memilih obatan yang sesuai
Sekiranya penyakit ibu hamil telah menjangkit kepada janin, makan perlulah memilih jenis obatan yang sesuai dan selamat supaya kedua-dua pihak dapat dirawat dengan serentak.
Elakkan memakan obat yang tidak dikenalpasti kesan
Elakkan memakan obatan yang tidak pernah membuat kajian atau resep obatan rahasia. Ibu hamil seharusnya mengambil obat yang sudah digunakan secara umum. Selain itu, elakkan daripada menggunakan obat yang masih tidak dapat dikenalpasti samada ia akan membawa sebarang kesan buruk terhadap embrio atau bakal bayi.
Memakan obat dengan mengikut minggu kehamilan
Ibu hamil haruslah memakan obat dengan merujuk kepada minggu kehamilan iaitu memakan dengan dos dan masa yang sesuai. Hentikan memakan obat tersebut sekiranya tersembuh. Semasa berhampiran dengan waktu pelahiran, berhati-hati dengan obatan yang akan menjejaskan janin dalam rahim melalui plasenta atau bakal bayi selepas pelahiran.
Pengesanan obatan yang sesuai dan selamat
Ini dapat dikesan melalui teknik DNA untuk menentukan jenis obatan yang sesuai dan selamat digunakan dalam waktu kehamilan
semoga bermanfaat
Info Kesehatan