Otot kaki menangggung berat badan yang semakin bertambah dan terkadang boleh menjadi kaku pada malam hari. Kekurangan kalsium dan kalium dalam aliran darah juga boleh menyebabkan kaku,karena pembesaran uterus menekan saraf sekitar yang membawa ke kaki.
Bagi mengelak kaku pada malam hari, makan pisang atau minum segelas susu sebelum masuk tidur supaya ibu hamil mendapat bekalan segera kalsium dan kalium. Buat putaran di pergelangan kaki dan gerakkan jari-jari kaki apabila berkesempatan. Coba buat regangan pada otot yang kaku beberapa kali sebelum tidur.
Sekiraya anda alami kaku, luruskan tumit kaki terlebih dahulu dan perlahan-lahan gerakkan pergelangan dan jari-jari kaki. Ibu hamil juga boleh melegakan kaku dengan mengurut otot atau tuamkan dengan botol air panas. Berjalan-jalan untuk beberapa menit mungkin juga membantu.
Tidur juga boleh terganggu oleh kaki yang letih. Ia rasa seperti menyusup,merayap dan berdenyut-denyut di dalam kaki dan juga rasa kaku.
Terdapat obat untuk mengatasi masalah ini, tetapi tiada satu pun yang selamat untuk ibu hamil. Coba simpan rekod yang merekodkan apa yang dimakan dan diminum, apa yang dibuat dan bagaimana emosi anda. Selepas beberapa minggu, anda boleh mengetahui jika diet, stres ataupun faktor lain yang menyebabkan gejala ini berlaku.
semoga bermanfaat
Info Kesehatan