Forum Ibu Hamil dan Kehamilan Daftar di IbuHamil.com untuk ikutan diskusi seputar kehamilan

  Forum Ibu Hamil dan Kehamilan > Diskusi Seputar Kehamilan > Diskusi Umum

Selamat datang di IbuHamil.com, sebuah forum seputar kehamilan. Untuk bertanya atau diskusi dengan bumil lain, silakan bergabung dengan komunitas kami.
  #1  
Old
hasna6...   TS 
 
Posts: 78
Default Diet dalam Trimester Pertama

Sekiranya ibu hamil hidup bersama makanan instan dan kopi, ini masanya anda untuk membetulkan diet anda. Ia bukan sahaja membantu ibu hamil menghadapi gejala awal kehamilan seperti rasa letih dan muntah,tetapi ia juga akan memastikan ibu hamil dan bayi mendapat semua gizi penting yang dibutuhkan semasa hamil.

Ibu hamil mungkin tidak berselera untuk makan pada saat ini,terutamanya apabila anda mengalami rasa mual dan muntah. Atau anda mungkin juga mengambil lebih makanan sehingga tidak terbayang oleh anda sebelum ini. Bagaimanapun,anda menyadari kehamilan ini menganggu selera makan, jadi amat penting untuk makan makanan bergizi. Diet bergizi akan membuatkan anda rasa lebih sehat dan dapat memberi semua gizi yang dibutuhkan oleh bayi untuk membesar.

Kerap makan dalam kuantitas kecil dan minum air putih (tanpa kafein) boleh mencegah rasa mual atau keletihan.

Buah-buahan dan sayur-sayuran
Sarankan pengambilan 5 sajian buah-bahan dan sayur-sayuran dalam sehari sebagai sebagian daripada diet seimbang dan ini sangat penting semasa hamil. Sekiranya anda kurang meminati buah-buahan dan sayur-sayuran,mulakan dengan sesuatu yang disukai dahulu. Tambahkan hirisan pisang ataupun buah apel ke dalam bijirin sarapan,parut wortel ke dalam makanan siang anda. Minum segelas jus buah-buahan asli ataupun ambil 2 jenis sayuran berbeda dalam makanan utama berbanding satu, yang biasa diambil.

Asid folik adalah gizi yang amat penting dalam trimester pertama. Terlebih masak bisa membunuh folat,jadi coba makan sayur-sayuran yang distim,ataupun dimakan mentah. Akhir sekali, makan apabila lapar. Asalkan anda mengambil makanan segar,bergizi lengkap dan berat badan anda bertambah dalam kadar yang normal, relaks!

Vitamin dan mineral yang penting
Dalam keadaan tertentu, agak sukar untuk mendapt semua gizi yang diperlukan dalam diet. Contohnya, apabila ibu hamil mual dan muntah yang teruk. Dalam kes ini, doktor akan menasihati anda supaya mengambil vitamin dan mineral tambahan ekstra utuk ibu hamil.

Tiada peraturan yang menggariskan, vitamin yang perlu ada dalam supplemen antenatal tetapi suplemen yang baik selalunya mengandungi lebih asid folik,zat besi dan kalsium berbanding multi-vitamin biasa. Ia juga tidak boleh mengandungi vitamin A dalam bentuk retinol yang boleh memberi kesan tidak baik pada bayi yang sedang membesar.

Asid folik
Asid folik adalah vitamin B yang dijumpai dalam pelbagai jenis makanan termasuk sayur-sayuran hijau, black eyed beans,brokoli,asperse,kacang pea, bijirin yang diperkaya,germa gandum dan pepaya. Badan ibu hamil tidak mampu menyimpan asid folik dalam jumlah yang banyak,jadi doktor saran ibu hamil mengambil suplemen harian yang mengandungi 400mikrogram asid folik pada 12 minggu pertama kehamilan. Ia lebih baik diambil sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum anda plan untuk hamil. Ini dapat mengurangkan risiko bayi mendapat kecacatan tiub neural seperti spina bifida.

Zat besi
Zat besi diperlukan untuk menambah darah bagi menyokong tumbesaran bayi. Tubuh ibu hamil memerlukan kira-kira 30-60 miligram zat besi setiap hari bagi menambah banyak bekalan darah sewaktu hamil. Ia antara 15mg hingga 45mg lebih daripada pengambilan harian yang disarankan,iaitu pada kadar 15mg. sumber zat besi utama dalam diet termasuklah daging merah,roti dan bijirin yang diperkuat,sayur-sayuran berdaun hijau gelap,kacang dan kekacang,dan buah-buahan kering.

Walaupun hati adalah sumber zat besi yang baik,ibu hamil perlu mengelak daripada mengambilnya semasa hamil kerana simpanannya dalam badan akan memberi kesan kepada bayi belum lahir.

Kalsium
Seorang ibu memerlukan dua kali ganda lebih kalsium sewaktu hamil,iaitu 1500 miligram dalam sehari. Ia boleh didapati dalam produk tenusu,sayur-sayuran berdaun hijau gelap,tofu dan ikan salmon, dan ikan sarden yang ditinkan (perlu makan tulangnya).

Nutrisi-nutrisi lain
Selain asid folik,zat besi dan kalsium,suplemen antenatal yang baik juga perlu mengandungi vitamin C,vitamin D,vitamin B seperti B6 dan B12,kalium,zink dan vitamin E. apabila anda berjumpa dengan suplemen yang sesuai,jangan ambil lebih daripada dos harian yang disarankan. Pengambilan dos berlebihan boleh memberi kesan mudarat kepada ibu dan bayi.

Seorang ibu vegetarian yang tegas atau ibu hamil yang menderita daripada kondisi seperti diabetes,epilepsy (sawan),diabetes gestasi ataupun anemia perlu berbicara dengan doktor tentang suplemen khas yang perlu diambil.


semoga bermanfaat
Info Kesehatan
 
Thread lain yang berhubungan:
Silakan daftar untuk menulis pesan :-)


Topik yang mirip
Thread Thread Starter Forum Replies Post Terakhir
Dilema: Diet Makanan Pemicu Alergi pada Usia Trimester Akhir -- Diskusi Umum 7
usg di trimester pertama bahaya ?????????? -- Diskusi Umum 13
trimester pertama -- Kenalan Yuk! 0
sesak nafas di kehamilan pertama trimester pertama -- Diskusi Umum 6
bun bahaya ga sih HB di Trimester pertama -- Diskusi Umum 2


Zona waktu GMT +7. Waktu saat ini adalah 12:32.


IbuHamil.com - Forum Informasi Kehamilan
Forum diskusi kehamilan dan komunitas ibu hamil terbesar di Indonesia
© 2024 IbuHamil.com