Perubahan payudara adalah satu perkara menakjubkan yang berlaku semasa hamil. Ibu perlu mendapatkan lebih dukungan,jadi pastikan ibu hamil mengukur saiz payudara bagi mendapat kutang hamil bersesuaian dan nyaman dipakai. Jangan ketinggalan mengikut tip-tip penjagaan payudara supaya ia sehat dan nayaman sepanjang kehamilan anda.
Bagaimana payudara berubah?
Pengembangan payudara antara satu petanda yang anda sedang hamil. Ia akan menjadi semakin besar dan berat,selari dengan perkembangan kehamilan. Payudara hanya mempunyai ligamen dan tiada otot,jadi ia mungkin akan mengendur sekiranya tidak didukung dengan baik. Kebanyakan bakal ibu mengalami pengembangan payudara dan terkadang nyari sebelum perut mula membesar. Ini menyebabkan ibu tidak boleh memakai kutang yang biasa dipakai sebelum ini. Sebaik sahaja kutang biasa tidak lagi nyaman,ia harus ditukar kepada kutang hamil.
Membeli kutang ibu hamil
Ikuti senarai berikut:
1 Dukungan. Cari kutang yang mempunyai tali lebar,terletak di sisi dan saiz yang dapat menampung payudara ibu. Tali elastic dapat mengurangkan goyang dan memberi payudara dukungan tambahan.
2 Perlindungan. Ibu memerlukan banyak kain fabrik bagi menutupi bagian atas payudara supaya ia menjadi nyaman karena pada waktu ini,payudara ibu hamil menjadi semakin sensitif.
3 Boleh diubahsuai. 4 set pencangkuk kutang akan memberi lebih ruang dan dapat diselesaikan dengan saiz payudara ibu yang semakin berkembang sepanjang kehamilan.
4 Nyaman. Cari kutang yang diperbuat daripada kain kapas. Ramai ibu hamil berasa panas badan yang mana kain kapas membenarkan kulit bernafas dan menjadi kurang berpeluh.
semoga bermanfaat
Info Kesehatan