Penyakit gondok merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh bakteri. Ia menyebabkan sembab dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Penyakit gondok yang juga dikenali sebagai parotitis epidemik menyebabkan sembab pada kelenjar air liur terutamanyadi bagian hadapan dan bawah telinga.
Penyakit gondok tampak 2 hingga 3 minggu selepas pendedahan dan berjangkit selama seminggu sebelum dan berikutan muncul gejala. Tanda dangejala infeksi bermula selepas 12-25 hari berhubungan dengan orang yang dijangkiti,dan biasanya mudah menyebarkan dalam 48 jam sebelum dijangkiti,lagipula air kencing penghidap berkemungkinan masih terdapat bakteridalam 14 hari selepas infeksi.
Berdasarkan studi menunjukkan bahwa 80% daripada orang dewasa yang belum menerima vaksin terdapat sistem imun yang baik,jadi biasanya tidak mudah terdedah kepada infeksi ini. Penyakit gondok adalah sering berlaku pada kanak-kanak dalam lingkungan umur <9 tahun dan antaranya golongan kanak-kanak berusia 4-9 tahun adalah berisiko tinggi.
Namun demikian, kalau penyakit ini dijangkiti semasa dewasa,komplikasi adalah lebih serius jika berbanding dengan kanak-kanak. Secara lazimnya,kelenjar ini sembab sebelah atau kedua-dua belah sekali dan diiringi dengan kesakitan dan kepanasan. Kesakitan akan bertambah apabila mengunyah dan kulit permukaan penghidap akan terasa ketat dan kesakitan yang menonjol. Suhu badan boleh meningkat sehingga 39-40 °C selepas 2-3 hari.
Kebanyakan penghidap akan demam selama 3-5 hari apabila mula sembab dan harus dikarantinakan sehingga sembab hilang. Selain daripada gejala-gejala ini, harus diingati bahwa terdapat komplikasi seperti radang testis yang mana terasa nyeri bawah perut, sembab testis,kemerahan dan nyeri. Ini akan memberi efek buruk terhadap kesuburan kaum pria dan wanita.
Penyakit gondok mudah berjangkit dan bakteri menyebar melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti penyakit gondok mengalami batuk atau bersin. Sebagai peringatan, ibu hamil yang mengalami penyakit gondok akan menyebar infeksi terhadap janin melalui plasenta,dan akan mengakibatkan kematian janin atau kecacatan. Persen keguguran juga akan bertambah.
semoga bermanfaat
Info Kesehatan