Hormon memainkan peran penting dalam mengekalkan kehamilan dan permulaan pada aktivitas pelahiran. Bermula daripada pemberitahuan tentang kehamilan,menjadikan ligament lebih santai bagi membenarkan bayi melalui salur lahir,di sini akan diterangkan bagaimana bahan kima dalam badan melakukan kerja-kerjanya yang menakjudkan.
Hormon ialah bahan dihasilkan di dalam badan dan dibawa oleh darah ke bagian lain bagi melakukan tugas tertentu. Hormon-hormon ini penting dalam proses kehamilan,ia memberi pelbagai kesan fisik dan mental. Ibu hamil biasanya menyalahkan hormon atas segala yang berlaku,daripada mood swings hingga ke pergelangan kaki yang membengkak. Terdapat hormon mana yang bertanggungjawab atas apa yang berlaku.
Human chrionic gonadotrophin (hCG)
Badan ibu hamil menghasilkan hormon hCG yang banyak di awal kehamilan. Hormon ini memainkan peran penting dalam proses perkembangan bayi,menghentikan haid dan mengekalkan paras tinggi progesterone yang diperlukan untuk kehamilan sehat. Hormon ini juga menyebabkan berlakunya rasa loya dan muntah.
Human plasenta lactogen(hPL)
Dihasilkan oleh plasenta,hormon ini membantu persediaan payudara untuk menyusu. Hormon
hPL memastikan ibu hamil kurang menggunakan glukosa dan memberinya kepada bayi. Hormon ini boleh menyekat tidak balas insulin di dalam badan. Pankreas mengeluarkan lebih insulin untuk mengimbangi,tetapi terkadang ia tidak berlaku dan menyebabkan diabetes gestasi.
Estrogen
Paras estrogen bertambah sepuluh kali ganda semasa ibu hamil. Antara kesan yang dibawa oleh hormon ini adalah memastikan uterus dapat menerima dan mengekalkan telur yang telah disenyawakan. Paras tinggi hormon ini menyebabkan kulit ibu menjadi lebih sehat semasa hamil. Estrogen juga membengkak dan faraj menjadi sensitif. Ia juga boleh menyebabkan darah membeku dengan lebih mudah.
PLEASE LIKE & SHARE
INFO KESEHATAN