Atas sebab-sebab perubahan gaya hidup yang mana mengamalkan pola pemakanan yang tidak baik,tabiat buruk sepeti merokok, meminum alkohol,kesibukan kerja dan ketagihan internet, kesehatan kaum lelaki semakin merosot dan terdedah kepada pelbagai penyakit. Terutamanya masalah ketaksuburan.
Kebelakangan ini, kuantitas dan kualitas sperma kaum lelaki kian menurun dan motiliti sperma juga kian merosot. Antaranya faktor-faktor ketaksuburan, penyakit Azoospermia (keadaan sperma yang kosong) terjadi 2% pada kaum lelaki dan berisiko 10%-20% dalam menyumbang kepada masalah ketaksuburan kaum lelaki.
Sekiranya anda ragu-ragu mengalami masalah ketaksuburan, berjumpa dokter dengan segera dan membuat ujian analisa air mani. Selain itu, ujian ultrabunyi skrotum dan kelenjar prostat juga diperlukan.
Sebab-sebab ujian ultrabunyi skrotum diperlukan
Ujian ultrabunyi skrotum (Skrotum adalah kantong kulit yang melindungi testis dan berfungsi sebagai tempat bergantungnya testis ) diperlukan sekiranya anda berkemungkinan mengalami penyakit Varicocele. Penyakit Varicocele merupakan pelebaran pembuluh darah vena pada skrotum atau yang dikenali sebagai buah zakar. Kebanyakan penyakit ini berlaku di sisi kiri testis dan sekiranya terjadi di sisi kanan, maka berkemungkinan besar mengalami penyakit lain.
Penyakit Varicocele akan menyebabkan ketaksuburan karena proses pembentukan sperma. Untuk menghasilkan sperma yang baik dan berjumlah cukup, maka memerlukan suhu yang optimal dalam skrotum. Akibat dari pelebaran pembuluh darah testis, maka terjadi peningkatan suhu pada skrotum, akibatnya proses pembentukan sperma terganggu.
Penyakit Varicocele adalah satu penyakit sistem urinari yang relatif umum di kalangan lelaki dan ia juga merupakan faktor utama ketaksuburan. Varicocele terjadi pada 15% kaum lelaki yang sehat,dan di kalangan pesakit ketaksuburan, 20%-40% adalah penghidap penyakit Varicocele.
penyakit Beguk menyebabkan ketaksuburan
Selain itu, Beguk juga dianggap menyebabkan ketaksuburan di kalangan lelaki. Selepas menghidapi Beguk,pesakit berisiko 20% dalam mengalami radang testis yang mana saiz testis mengecil dan proses pembentukan sperma turut menurun. Sekiranya kedua-dua sisi testis dijangkiti,risiko mengalami ketaksuburan adalah 75% dan merupakan penghidap penyakit Azoospermia dan Oligospermia (jumlah sperma sedikit). Peluang kehamilan secara alami adalah tipis dan perlu bergantung kepada teknologi reproduksi membantu seperti IUI, IVF dan lain-lain lagi.
Sekiranya kedudukan testis terdapat perbedaan ketinggian atau terdapat pembengkakan, maka berisiko mengalami kanker testis. Jadi,membuat ujian ultrabunyi skrotum untuk mengesahkan adakah anda menghidapi radang testis atau kanker testis yang mana ia akan mengakibatkan masalah ketaksuburan.
Penghidap kanker testis juga boleh berhubungan intim secara normal dan ia tidak akan menjejaskan peluang kehamilan. Sebagai kesimpulan, ultrabunyi skrotum melibatkan imbasan seperti menguji saiz kenormalan testis,dan menentukan samada terdapat pembengkakan,penyakit Varicocele atau tumor dan sebagainya.
INFO KESEHATAN