SHARING
Analisa air mani adalah satu ujian yang sangat mudah dan dibuat untuk memastikan keadaan sperma. Untuk membuat analisa ini, sampel yang baru akan diuji dan dianalisa di lab. Mereka yang tidak selesa untuk membuat koleksi di klinik boleh memilih untuk menjalani koleksi tersebut di rumah, dengan syarat, rumah mereka dekat dengan klinik tersebut.
1. Berapakah hari harus mengelakkan daripada berhubungan intim?
Menghindari dari hubungan seks 3-5 hari sebelum menjalani ujian analisa air mani. < 3 hari atau > 5 hari turut akan menjejaskan keputusan laporan ujian dan diagnosis dokter. Sekiranya tidak menghindari dari hubungan seks dalam jangka masa yang ditentukan (3-5 hari), berkemungkinan tidak dapat mengutip kuantitas yang diperlukan iaitu 2ml dan keatas, dan mudah terdapat sperma yang tidak matang. Sebaliknya jika mencegah dari melakukan hubungan seks melebihi 3-5 hari, maka kuantitas kematian sperma,kecacatan sperma mungkin menaik,dan motiliti menurun.
2. Apakah kontena yang sesuai untuk mengumpulkan air mani?
Kontena yang digunakan untuk mengumpulkan air mani seharusnya bersih,steril (bebas dari kuman)dan kering. Selain itu, suhu dalaman kontena harus dijamin adalah sama dengan suhu bilik sebelum mengumpulkan air mani. Botol haruslah tidak terlalu besar dan mulut botol tidak terlalu kecil demi mencegah air mani dari ditumpah dari botol. Selepas itu,melabelkan botol dengan menulis nama dan masa pengumpulan air mani. Sila ambil perhatian bahwa jika botol yang digunakan ambil dari klinik atau makmal,jangan membersihkan botol tersebut yang mana pembersihan akan merusakkan keadaan dalaman botol dan menjejaskan laporan ujian analisa air mani.
3. Cara mengumpulkan air mani
Boleh mengumpulkan air mani dengan perbuatan melancap dan air mani yang dikumpulkan dalam botol seharusnya dihantar ke makmal untuk analisa dengan serta-merta. Dalam situasi yang tidak dapat mengumpulkan air mani melalui perbuatan melancap, maka boleh menggunakan kondom yang khas untuk mengumpulkan air mani. Elakkan dari menggunakan kondom biasa karena ia mungkin mengandungi bahan kimia yang boleh membantut perkembangan sperma dan mempengaruhi kadar kehidupan sperma. Selain itu, juga elakkan dari mengumpul air mani dengan keadaan terputus-putus. Ini berkemungkinan besar akan menyebabkan kehilangan bagian bermula-mula air mani yang mana mengandungi kepekatan yang tertinggi. Masa yang terbaik untuk mengumpul air mani ialah waktu pagi yang mana membersihkan tangan,alat kelamin dengan air suam.
4. Menjamin tiada ketumpahan air mani biarpun setitis
Harus mengumpul air mani yang selengkapnya dan elakkan dari ketumpahan biarpun satu titis terutamanya bagian air mani yang bermula-mula. Inilah sebab kenapa tidak boleh mengumpulkan air mani dengan cara ejakulasi.
5. Menghantar air mani untuk analisa dengan segera
Menghantarkan air mani ke makmal untuk analisa kurang daripada 1 jam demi mencegah menjejaskan motiliti sperma. Semasa penghantaran air mani, jangan membiarkan botol air mani berada dalam keadaan yang terlalu panas atau terlalu sejuk. (jangan <20’c dan >40’c)
6. Masa pengumpulan air mani
Memberitahu staf makmal mengenai masa pengumpulan air mani dan berapakah hari pencegahan berhubungan intim.
7. Elakkan meminum alkohol dan mengambil obatan 3 hari sebelum menjalani ujian analisa air mani.
Namun, sekiranya obatan yang diambil adalah obatan yang diambil jangka masa panjang seperti perawatan hipertensi,kencing manis, boleh meneruskan pengambilan obat.
Semasa ujian analisa air mani, ujian berikut dilakukan:
•Jumlah Air Mani. Mengukur berapa banyak air mani dikeluarkan dalam satu pancutan.
•Masa Mencair. Air mani adalah berbentuk gel yang tebal semasa pancutan dan biasanya akan mencair dalam masa 20 menit selepas dipancut.
•Bilangan Sperma. Jumlah sperma per milliliter (mL) air mani dalam satu pancutan.
•Bentuk Sperma. Menentukan sperma dalam bentuk sempurna dan sehat.
•Pergerakan Sperma. Menentukan sperma bergerak aktif dan cergas.
•pH. Mengukur keasidan (pH rendah) atau kealkalian (pH tinggi) air mani.
•Jumlah Sel Darah Putih. Biasanya tiada sel darah putih dalam air mani.
•Paras Gula. Mengukur paras gula fruktos dalam air mani yang berikan tenaga pada sperma.