SHARING
Hipertiroid atau Hipertiroidesme adalah suatu kondisi atau gambaran klinis akibat produksi hormon tiroid yang berlebihan oleh kelenjar tiroid yang terlalu aktif. Lama menikah dan tidak hamil atau golongan yang menghadapi masalah ketaksuburan berkemungkinan berkaitan dengan penyakit ini.
Meskipun penghidap Hipertiroid berada di tahap ringan, tetapi juga berisiko dalam mengalami keguguran dan kematian janin dalam rahim. Jadi,kaum wanita yang mengalami Hipertiroid dinasihati supaya mencegah kehamilan sebelum tersembuh melalui perawatan. Ibu hamil penghidap Hipertiroid adalah berisiko tinggi dalam mengalami keguguran yang mana terdapat 26% dan kelahiran awal iaitu 15%.
Atas sebab penyakit ini sering terjadi atas wanita berbanding dengan lelaki,tambahan pula bilangan kes ini kian menaik kebelakangan ini,kaum wanita yang ingin hamil dinasihati supaya bertindak secara berawas-awas dan bertimbang-timbang sebelum merancang kehamilan.
Gejala-gejala Hipertiroid
Pembengkakan kelenjar tiroid
Makan dengan porsi yang banyak
Berat badan menurun
Jantung yang berdebar cepat
Emosi yang kurang stabil
Merasa panas dan banyak berkeringat
Tangan bergetar
Bola mata menonjol seperti mata membengkak
Tiroid ialah kelenjar endokrin dan ia mengeluarkan hormone tiroksin atau T4 dan tridotiromin atau T3. Tiroid terletak di pangkal leher dan di depan saluran pernafasan atau trakea dan saluran makan. Hormone tiroid berfungsi mengontrol kadar metabolisme badan dan perkembangan tumbesaran badan.
Dalam sistem peranakan,perubahan paras hormon tiroid akan mempengaruhi siklus haid wanita,contohnya Hipertiroid akan menyebabkan penghidap terjadi kekurangan haid atau penghentian haid, sebaliknya Hipotiroid (Hipotiroid berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik dan hormon tiroid tidak dapat dihasilkan dengan secukupnya) pula akan mengakibatkan berlebihan haid atau penghentian haid. Seterusnya ketakseimbangan haid menjejaskan proses ovulasi dan akhirnya mengakibatkan ketaksuburan. Ini merupakan salah satu punca kepada berlakunya masalah ketaksuburan di kalangan wanita.
Di samping itu, Hipertiroid juga akan menyebabkan hipertensi. Jadi, penghidap Hipertiroid yang berada di tahap serius, tambahan pula terdapat ahli keluarga atau saudara-mara sedarah yang mengalami hipertensi, dinasihati supaya berhati-hati dalam pengambilan makanan semasa merancang hamil atau waktu kehamilan. Ibu hamil disarankan memakan jenis makanan cenderung lebih hambar dan berkhasiat, memakan ikan, ayam dan elakkan memakan daging lembu dan kambing.
Selagi penghidap Hipertiroid bersikap tabah,optimistik dan mengistirahatkan diri,membuangkan perasaan negatif dan mengambil perawatan obatan, maka peluang melahirkan bayi yang sehat adalah besar.
Meskipun Hipertiroid tidak akan menjejaskan kesuburan kaum lelaki secara langsung, tetapi atas sebab metabolisme yang terlalu aktif akan menyebabkan kaum lelaki merasa panas dan sering berkeringat serta nafsu seks yang kian menurun, mati pucuk yang mana mengakibatkan ketaksuburan lelaki.
INFO KESEHATAN