Tidak mudah menguruskan keadaan di mana ibu sering rasa loya dan muntah semasa bekerja. Sekiranya ibu hamil mudah muntah,sediakan tisu basah dan pembersih mulut di dalam laci meja kantor.
Tip praktikal
Dalam trimester pertama dan ketiga,ibu akan mengalami gejala lain seperti keletihan dan kurang fokus. Ia mungkkin membantu sekiranya ibu hamil berbincang dengan teman kantor lain yang melalui pengalaman sama dan boleh memberi dukungan.
Pastikan ibu berasa selesa semasa bekerja sepanjang hari dengan melakukan beberapa perkara seperti:
1. Tinggikan kedudukan kaki. Letak kotak atau bangku di bawah meja.
2. Memakai sepatu selesa.
3. Memakai pakaian selesa.
4. Mendapat dukungan daripada ibu-ibu lain.
5. Beristirahat. Berdiri dan buat regangan sekiranya ibu asyik duduk. Duduk dan angkat kaki tinggi sekiranya ibu lama berdiri.
6. Minum banyak air. Sediakan botol air minuman yang besar di atas meja dan selalu penuhkannya (ia memberi peluang untuk ibu berehat)
7. Beristirahat,beristirahat, beristirahat. Jangan terlalu memaksa diri,sama ada di rumah ataupun di kantor.
8. Makan dengan betul. Sediakan makanan kecil berkhasiat di dalam laci meja.
9. Kurangkan tekanan. Sekiranya ibu tidak boleh hilangkan tekanan semasa bekerja, cari jalan menguruskannya seperti latihan pernafasan dalaman.regangan atau paling mudah, berjalan untuk satu jangka masa pendek.
10. Terima bantuan. Sekiranya teman kantor memberikan bantuan,gunakan sepenuhnya.
INFO KESEHATAN