Forum Ibu Hamil dan Kehamilan Daftar di IbuHamil.com untuk ikutan diskusi seputar kehamilan

  Forum Ibu Hamil dan Kehamilan > Diskusi Seputar Kehamilan > Diskusi Umum

Selamat datang di IbuHamil.com, sebuah forum seputar kehamilan. Untuk bertanya atau diskusi dengan bumil lain, silakan bergabung dengan komunitas kami.
  #1  
Old
hasna6...   TS 
 
Posts: 78
Default Apa yang selamat untuk dimakan oleh ibu hamil?

SHARING

Kadangkala ibu hamil rasakan,senarai makanan yang tidak boleh dimakan semasa bertambah dari hari ke hari. Jangan bimbang. Hanya beringat,resiko pada ibu dan bayi adalah rendah dan dapat dielak sekiranya ibu hamil mengambil beberapa langkah waspada.

Keliru tentang makanan yang selamat untuk dimakan semasa hamil? Sama ada ibu hamil bisa makan seperti biasa ataupun tidak? Berikut adalah segala informasi yang dapat menyelamatkan diri dan bayi daripada bahaya.

Kafein
Sekiranya terlalu banyak kafein dalam diet, ibu hamil beresiko tinggi untuk keguguran dan bayi mungkin kurang berat badan ketika lahir.

Daging mentah ataupun kurang masak
Daging mentah,kurang masak dan diawet ataupun pelbagai jenis makanan daripada sumber ayam perlu dielakkan. Ia mungkin mengandungi bakteri salmonella yang boleh mengakibatkan keracuan makanan,atau parasit taksoplasmosis yang boleh memudaratkan bayi yang dikandung.

Telur mentah ataupun kurang masak
Makan telur separuh masak ataupun mentah tidak digalakkan karena resiko yang telur mungkin mengandungi bakteri salmonell. Bagi kekal selamat,rebus telur bersaiz sederhana sehingga 7 menit,goreng telur pada kedua-dua bagian hingga masak.

Keju dan barangan tenusu
Keju adalah sumber penting protein dan kalsium pada ibu hamil tetapi ada sesetengahnya perlu dielak:
 Lembut dan keju matang berkulat,seperti Brie dan Camembert
 Keju biru seperti Danish Blue dan Stilton
 Lembut,keju tidak dipasteur seperti keju kambing dan biri-biri.
Keju-keju ini menyediakan persekitaran sempurna bagi bakteri yang boleh memudaratkan seperti listeria untuk membiak. Walaupun begitu, bakteri ini boleh mati sekiranya dimasak. Oleh itu ia selamat dimakan sekiranya dimasak. Semua keju keras seperti feta,Gruyere dan Parmesan adalah selamat dimakan. Yogurt,minuman probiotik,fromage frais,krim masam dan crème fraiche juga selamat dimakan.

Salad segera
Penyediaan salad adalah mudah tetapi kita perlu membasuhnya dengan teliti. Ada kemungkinan ia akan membawa parasit toksoplasmosis dan bakteri listeria.

Hati dan pate(produk hati)
Pakar mencadangkan supaya ibu hamil tidak memakan hati atau sebarang produk berasaskan hati seperti sosej hati atau pate karena ia mengandungi paras tinggi retinol dalam bentuk vitamin A yang boleh memudaratkan perkembangan bayi.

Makanan sedia masak
Makanan sejuk yang sedia dimasak dan daging ayam pramasak berpotensi dicemari oleh bakteri listeria ataupun parasit tiksoplasmosis . kuman listeria masih boleh membiak di dalam kabinet sejuk pasaraya atau di dalam peti sejuk. Bagaimanapun, dengan memasaknya pada suhu tinggi dapat menghapuskan kedua-dua jenis kuman tersebut dan ia selamat dimakan.

Makanan laut
Kebanyakan ikan dan hidupan bercangkerang seperti siput adalah selamat dimakan,dengan syarat ia dimasak sempurna. Makanan laut seperti kerang,siput dan kepah mentah,selalunya menyebabkan keracunan makanan. Jadi ia lebih baik dielakkan semasa hamil.

Ikan berminyak
Makanan laut mudah tercemar sekiranya habitatnya dicemari. Ibu hamil dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan ikan berminyak atau ikan yang kaya dengan lemak omega-3 seperti salmon,ikan sarden (mengandungi banyak omega-3),kerana ia lebih berpotensi dicemari berbanding ikan berisi putih. Kita perlu makan sedikit supaya badan ibu hamil dan bayi mendapat faedah asid lemak omega-3 dan vitamin berserta gizi lain yang terkandung di dalamnya. Cuma kurangkan pengambilannya tidak lebih daripada 2 bagian dalam seminggu.
Ibu hamil harus elak memakan ikan yang mengandungi banyak merkuri. Kandungan merkuri boleh memudaratkan perkembangan sistem saraf pusat bayi. Ibu juga perlu mengurangkan pengambilan tuna pada tidak lebih daripada 2 stik segar dalam seminggu atau 4 tin bersaiz medium,karena ia juga mengandungi paras merkuri yang tinggi.

Teh herba
Semua persediaan herba yang dibeli dari pasarnya tersedia dalam bentuk uncang teh dan mengandungi ramuan biasa seperti bunga kamomil dan lemon,yang difikirkan sesuai untuk ibu hamil. Walaupun begitu, berhati-hati dengan ramuan pelik seperti black cohosh,pennyroyal dan mugwort. Jangan minum teh rasberi hingga 2 bulan terakhir kehamilan karena ia memberi kesan rangsangan pada uterus.


SEMOGA BERMANFAAT, bunda

please like INFO KESEHATAN di
https://www.facebook.com/pages/Info-...5378681?ref=hl

mkasih
 
Thread lain yang berhubungan:
Silakan daftar untuk menulis pesan :-)


Topik yang mirip
Thread Thread Starter Forum Replies Post Terakhir
makanan/minuman yang tidak boleh dimakan/diminum -- Diskusi Umum 32
Apa Saja Yang Tidak Boleh Dimakan Ibu*Hamil -- Diskusi Umum 39
bingung makanan yang boleh dimakan.. -- Diskusi Umum 4
Buah-buahan apa saja yang ga boleh dimakan saat hamil muda? -- Diskusi Umum 17
Dimakan eneeekk gak dimakan salah. -- Diskusi Umum 10


Zona waktu GMT +7. Waktu saat ini adalah 06:28.


IbuHamil.com - Forum Informasi Kehamilan
Forum diskusi kehamilan dan komunitas ibu hamil terbesar di Indonesia
© 2024 IbuHamil.com