SHARING
Kebanyakan orang mengetahui komplikasi yang melibatkan pesakit diabetes. Namun begitu, hanya segelintir orang yang mengetahui komplikasi yang dibawa oleh penyakit diabetes kepada ibu hamil. Diabetes gestasi memberi efek negatif jangka panjang terhadap ibu dan janin.
Efek-efek negatif diabetes gestasi
1. Kecacatan janin
Paras gula dalam darah yang tinggi di awal kehamilan akan menyebabkan kecacatan janin. Kebanyakan berlakunya kecacatan dalam kepelbagaian, contohnya bagian kardiovaskular (defek septum ventrikel (VSD,ventricular septal defect) dan defek septum atrium ASD,atrial septal defect) )sistem saraf pusat,tulang,sistem pencernaan,kecacatan perkembangan paru-paru, buah pinggang dan lain-lain lagi.
2. Janin terlalu besar
Ini merupakan komplikasi yang paling biasa berlaku atas ibu hamil yang mengalami diabetes gestasi. Percentase berlaku kes ini setinggi 15-50%. Ia berhubungan dengan paras gula dalam darah di akhir kehamilan. Gula yang banyak di dalam darah akan merentasi plasenta ke janin dalam kandungan. Akibatnya, saiz janin akan menjadi terlalu besar karena menerima bekalan gula yang banyak. Berat badan ibu hamil yang menaik akan menambahkan percentase berlakunya kes janin terlalu besar. Janin yang besar akan menyukarkan proses bersalin atau berlaku pendarahan.
3. Perkembangan janin dalam rahim terbantut
Kes ini berlaku terutamanya ke atas ibu hamil yang mengalami diabetes gestasi dan kerusakan pembuluh darah kecil (mikroangiopati). Paras gula dalam darah yang tinggi pada awal kehamilan akan membantut perkembangan embrio. Di samping itu, vascular plasenta ibu hamil juga diiringi dengan gejala luar biasa yang akan menyebabkan kekurangan bekalan darah janin dalam rahim, dan menjejaskan perkembangan janin.
4. Kematian janin dalam rahim
Paras gula dalam darah,lemak ,asam amino ibu hamil yang berkadar luar biasa akan mempengaruhi janin melalui plasenta secara langsung, mengakibatkan janin berlakunya asidosis(terlalu banyak asam dalam darah dan cairan tubuh). Paras gula dalam darah ibu hamil samada tinggi atau rendah, juga akan menyebabkan janin menghadapi masalah yang sama. Sel otak janin dijejaskan secara langsung,seterusnya mengakibatkan janin kekurangan oksigen atau kematian dalam rahim. Kebanyakan ibu hamil menghadapi kes kematian dalam rahim puncanya diabetes gestasi tidak didiagnosa semasa kehamilan dan paras gula dalam darah tidak dapat kontrol.
5. Sel darah merah janin menaik
Kekurangan oksigen janin dalam rahim membawa kepada hasilan sel darah merah bertambah dan merangsang pembentukan darah sumsum tulang, jadi sel darah merah janin menaik. Akibatnya, pemindahan darah perlu dijalankan jika di tahap ringan, sebaliknya pengeluaran darah di tahap serius.
6. Sindrom kesukaran pernafasan (RDS)
Sindrom gangguan pernafasan ini terjadi karena paru-paru bayi yang belum matang tidak menghasilkan zat penting yang disebut surfaktan dalam jumlah memadai. Surfaktan memungkinkan permukaan dalam paru-paru untuk mengembang dengan baik ketika bayi keluar dari rahim untuk bernafas setelah lahir.
NASIHAT: semua fakta di atas memaparkan efek-efek negatif diabetes gestasi terhadap janin. Jika ibu hamil merupakan penghidap diabetes, atau berasal dari keluarga yang mempunyai penyakit genetik diabetes, pemeriksaan yang konsisten perlu dijalankan pada awal kehamilan. Ibu hamil boleh mulakan pemeriksaan pada minggu kehamilan ke-16, setiap 4 minggu sekali demi memastikan segala proses kehamilan adalah dalam kontrol. Selain itu,ibu hamil juga perlu memberi prihatin dalam pengambilan gizi terutamanya mengontrol pengambilan gula dan karbohidrat untuk mencegah diabetes gestasi.