Trimester pertama (atau 3 bulan pertama) berlanjutan sehingga ke akhir minggu ke-13. Dalam trimester ini, anda akan mengalami beberapa gejala kehamilan yang kurang menyenangkan seperti mual dan letih. Ia juga masa yang penuh dengan emosi karena perasaan teruja,gembira,bimbang dan tidak pasti,datang silih berganti. Coba nikmati minggu-minggu terawal ini sebaik mungkin. Anda berada di permulaan sebuah perjalanan yang hebat.
Daripada sel menjadi manusia kecil
Semasa trimester pertama, bayi membesar daripada sel tunggal mikroskopik kepada manusia kecil berserta dengan organ-organ utama dan bersedia untuk membesar. Pada minggu ke-12,bayi akan membesar kira-kira 5.5cm(2.25 inci) panjang dari kepala hingga ke punggung (sebesar buah jeruk nipis) dan beratnya kira-kira 14g(0.5auns). Bayi juga mempunyai gigi susu dan kuku jari. Jantungnya mula berdegup pada minggu ke-6 dan berdegup sebanyak 150 kali semenit,lebih kurang dua kali ganda degupan jantung seorang dewasa.
Anda juga bakal mengalami banyak perubahan fisik. Uterus akan mengembang bagi memberi lebih ruang kepada bayi yang sedang membesar. Sebelum kehamilan, saiz uterus cuma sebesar genggaman tangan tetapi menjelang minggu ke-6, saiznya membesar kepada sebiji buah jeruk bali. Anda mungkin mengalami rasa sakit di bagian bawah abdomen karena otot dan ligament meregang bagi mendukung kandungan.
Anda akan sering membuang air kecil karena uterus memberi stres kepada kandung kemih. Payudara berasa pedih dan ia membesar sehingga anda memerlukan kutang yang lebih besar pada penghujung trimester pertama. Pada minggu ke-7,anda mempunyai 10% lebih darah berbanding sebelum hamil dan menjelang akhir kehamilan,anda mempunyai 40 hingga 50% lebih darah mengalir melalui urat darah dan arteri bagi memenuhi keperluan bayi.
Sejurus mengetahui anda hamil, buat temujanji bagi mengatur perjumpaan penjagaan antenatal. Waktu sesuai untuk membuat temujanji adalah di sekitar minggu ke-8 hingga ke-10 untuk mengatur sebarang ujian skrin pada trimester pertama. Anda ditawarkan ujian skan pertama pada minggu ke-10 hingga ke-14 bagi mengesahkan tempoh kehamilan ini. Ujian skan ini juga mengesahkan sekiranya anda hamil lebih daripada seorang bayi.
Sekiranya anda ingin mengambil ujian nuchal translucency (NT) bagi mengesan Sindrome Down,ia perlu dilakukan pada minggu ke-11 hingga ke-14. Kadangkala, ujian skan perlu dilakukan lebih awal sekiranya anda mengalami kesakitan,pendarahan ataupun pernah mengalami keguguran sebelum ini.
semoga bermanfaat
Info Kesehatan