Membuat persediaan kamar tidur bayi adalah detik-detik yang menyenangkan dan seharusnya dilakukan bersama pasangan. Pastikan anda mempunyai barangan asas seperti katil,kasur dan pelapik tempat tidur. Pikirkan juga tentang keselamatan,suhu dan lampu kamar tidur sebelum bayi tiba.
Mula merancang
Anda mungkin tidak mempunyai pilihan kamar mana yang perlu dijadikan kamar tidur bayi tetapi secara idealnya,kamar itu harus berdekatan dengan kamar anda dan sunyi. Apabila bayi sudah mula bergerak,pastika dia tidak boleh membuka jendela, mengunci pintu,bermain dengan alat-alatan,tali atau wayar ataupun menaiki tangga.
Kemudian periksa juga ruang kosong untuk menyimpan pakaian, selimut dan handuk,termasuklah mainan dan buku-buku bayi. Rak perlu kukuh dan kotak-kotak mempunyai penutup bagi mengelak anak kecil tersepit tangan ataupun terjerat dalamnya. Perabot juga harus berat supaya tidak terlangkap sekiranya ditarik oleh bayi nanti,dan tidak mempunyai serpihan kayu yang boleh terkopek,tajam atau rusak.
Katil bayi dan kasur
Katil bayi mungkin menjadi tempat tidurnya,sehingga dia berusia dua hingga tiga tahun. Iaharus cukup kuat dan kukuh,tanpa ada sebarang retakan ataupun kepingan yang pecah dan tanpa bucu tajam. Anda boleh menggunakan katil bayi pada hari pertama kepulangannya dari hospital.
Katil bayi datang dalam pelbagai bentuk dan saiz yang berbeda. Termasuklah katil berbentuk penjuru dan ia sesuai sekiranya diletakkan di tepi penjuru bilik. Ada juga katil berbentuk bujur dan boleh diubahsuai menjadi katil budak,kerusi ataupun kusyen di masa hadapan. Anda juga boleh membeli katil bayi bersisi yang bermanfaat apaila menyusu bayi pada waktu malam karena salah satu sisinya boleh diubah,jadi anda boleh letakkannya bersebelahan dengan katil anda.
Membeli kasur
Terdapat pelbagai jenis kasur untuk katil bayi di pasaran dan ibu hamil mungkin bingung. Andajuga ingin tahu kasur mana nyaman dan selamat digunakan oleh bayi.
1. kasur karet : Ia mudah dibersihkan karena sarungnya diperbuat daripada PVC. Pilih yang setebal 8hingga 10cm (3 hingga 4inci),bagi memberi cukup kenyamanan pada bayi ketikatidur. Ada juga yang mempunyai lubang pengudaraan.
2. kasur berspring: ia terdiri daripada spring yang dibaluti oleh lapisan karet dan fabrik berkapas yang lembut. Satu bagian kasur dibaluti oleh fabrik kapas dansebelahnya lagi dengan plastik yang mudah dilap.
3. kasur fiber semulajadi : di dalam kasur ini dipenuhi daripada sabut kelapa yang dibaluti oleh lateks (karet) dan ia tidak menyerap air. Sarungnya diperbuat daripadakain kapas lembut.
4. kasur hypoallergenic : pilih kasur ini sekiranya keluarga anda mempunyai sejarah alergi atau asma. Ia mempunyai sarung berkulit dan mudah ditanggalkan dari kasur untuk dibasuh. Ia boleh dimasukkan ke dalam alat pencuci pakaian dan dicuci pada suhu 60’c bagi membunuh debu hama yang boleh menyebabkan alergi.
Keselamatan di kamar tidur
Apabila berpikir tentang kamar bayi, pastikan tip-tip keselamatan dibawah:
1. Periksa kasur itu supaya terletak elok di dalam katil tanpa lebihan pada penjuru, dan tanpa potongan dekorasi yang boleh membuat lengan bayi tersepit.
2. Elak guna bantal. Bagi tidur yang selamat, bayi cuma memerlukan permukaan yang padat dan rata.
3. Sekiranya anda tidak bersama bayi di dalam kamar,pastikan sisi pagar katil bayi dinaikkan dan dikunci
4. Letak katil bayi jauh daripada sinaran matahari,jendela,alat pemanas,lampu dan dekorasi dinding
5. Elak horden dan bidai dengan berjuntai karena tali-tali itu bisa menjerut. Pastikan ia sentiasa diikat kemas
6. Sentiasa bersama bayi anda apabila dia berada di meja tukar pampers
semoga bermanfaat
Info Kesehatan