Salah satu petanda awal kehamilan adalah payudara menjadi sangat sensitif dan terasa sakit. Sesetengah ibu hamil mengalami payudara yang sangat sensitif, hinggakan geseran pada baju pun terasa sangat menyakitkan. Rasa sensitif ini akan berkurangan selepas trimester pertama,apabila tahap hormon semakin stabil dan badan anda sudah terbiasa.
Perasaan yang biasa dialami
Sebaik sahaja badan anda bersedia untuk proses kehamilan. Anda mengeluarkan lebih banyak hormon estrogen dan progesterone, sebagaimana yang berlaku apabila datang haid. Sebenarnya rasa sensitif pada payudara ini akan lebih dirasai daripada yang biasa anda alami sebelum datang haid. Ditambah dengan rembesan hormon, payudara mula membesar kerana lapisan lemak semakin tebal,pertambahan saluran darah dan kelenjar susu. Walaupun perubahan inimenyebabkan ketidakselesaan buat sementara waktu. Namun ia mempunyai tujuan penting bagi meyiapkan payudara untuk proses penyusuan kelak.
Payudara akan terus membesar di sepanjang proses kehamilan dan ianormal untuk bertukar saiz kutang dari saiz B ke saiz D. Contohnya ia akan rasa lebih tidak nyaman pada trimester pertama. Perubahan saiz yang ketara berlaku dalam kehamilan pertama.
Rasa berdenyut dan meleleh
Ibu hamil mungkin rasa payudara berdenyut pada fasa pertama anda melakukan persetubuhan. Pada trimester pertama juga, anda tidak mahu payudara disentuh. Sebarang kesakitan dan rasa tidak nyaman ini akan berkurangan apabila usia kehamilan anda menjangkau ke trimester kedua dan ketiga.
Di penghujung kehamilan, anda mungkin juga mendapati ada sedikit lelehan daripada puting payudara. Ia normal dan anda tidak perlu risau. Lelehan itu ialah cecair yang dinamakan kolostrum,iaitu susu pertama bayi. Prasusu ini kaya,berprotein tinggi dan sedang dihasilkan,tersedia apabila bayi dilahirkan.
Sekiranya ibu mengalami rasa sensitif,lebih baik memakai kutang yang dapat memberi dukungan. Ambil sedikit masa untuk berjumpa dan membuat ukuran dengan pakar.
Tip-tip penting dalam membeli kutang yang betul
Ikut tip-tip mudah ini bagi memastikan anda membeli saiz kutang yang betul di sepanjang tempoh kehamilan:
1 Pastikan cup kutang nyaman dan lembut,tanpa payudara terkeluar di atasnya.
2 Pastikan bagian tengah kutang terletak nyaman pada ukuran yang sesuai dengan tulang payudara.
3 Sentiasa diukur lebih satu kali dalam tempoh kehamilan karena anda perlu menukar saiz cup kutang beberapa kali apabila payudara kian membesar.
4 Di awal kehamilan, pastikan kutang anda terpasang dengan nyaman pada pencangkuk pertama kutang dan memberi lebih ruang bagi payudara membesar.
Di penghujung kehamilan, beli kutang yang terpasang nyaman di hujung pencangkuk kutang supaya ia masih boleh dipakai nyaman sekiranya payudara anda sedikit mengecil.
semoga bermanfaat
Info Kesehatan