Kehamilan ektopik ialah mengandung di luar rahim di mana telur yang disenyawakan mengimplantasi di luar rahim dan biasanya terjadi di tiub fallopian iaitu 97%, dan 3% adalah terjadi di indung telur,kornu rahim,serviks dan ruang abdomen. Puncanya kehamilan ektopik berisiko terjadi di tiub fallopian adalah disebabkan tiub fallopian dan tisu-tisu disekeliliingnya mudah berlaku peradangan dan mengakibatkan tiub fallopian tersumbat,akhirnya embrio tidak dapat meneruskan perjalanannya ke arah rahim dan terpaksa implantasi di tiub fallopian.
Oleh sebab tiub fallopian setebal penyedot air, jadi apabila saiz embrio yang kian membesar menyebabkan tiub fallopian meregang lalu pecah. Ini boleh menyebabkan pendarahan yang teruk dalam abdomen dan mengancam nyawa .
Gejala dan tanda
Biasanya kehamilan ektopik tidak terdapat sebarang gejala yang jelas sebelum keguguran, dan minoriti ibu hamil yang mengalami kehamilan ektopik akan berlaku pendarahan faraj dan kesakitan perut. Kebanyakan kehamilan ektopik menunjukkan tanda atau gejalanya pada minggu ke-5 hingga ke-8 kehamilan. Jika mempunyai tanda dan gejala berikut, segera berjumpa dokter:
1.Sakit bagian bawah perut, pada salah satu bagian (sama ada kiri atau kanan)
2. Pendarahan faraj yang tidak normal dan darah berwarna lebih gelap
3. Sakit hujung bahu (yang disebabkan oleh pendarahan intra-abdomen)
terkadang diare atau sakit ketika membuang air besar
Jika gagal dikesan pada peringkat awal kehamilan,tiub fallopian boleh pecah dan menyebabkan pendarahan berlebihan. Pada peringkat ini, mungkin mempunyai gejala berikut:
1. Sakit perut yang teruk secara tiba-tiba
2. Pening, pengsan, berkeringat dan letih
3. Pingsan akibat pendarahan yang berlebihan
4. Perut membengkak
5. Pucat
Antara faktor-faktor kehamilan ektopik,kebanyakan kehamilan ektopik disebabkan oleh fungsi tiub fallopian yang rusak bersifat kongenital. Selain itu, radang perut, radang pelvis,radang tiub fallopian atau pernah menjalankan pembedahan yang menyebabkan kecederaan tiub fallopian turut menyebabkan kehamilan ektopik.
Rawatan
Sekiranya dikesan peringkat awal, rawatan adalah mudah yang mana embrio masih kecil dan berkemungkinan tidak perlu pembedahan. Obat yang dinamakan methotrexate akan disuntik ke dalam karung 1-3 kali dalam seminggu untuk mencairkannya dan membiarkan badan menyerap kandungan tersebut secara alami. Tetapi sekiranya kandungan sudah terlalu besar, pembedahan membuang kandungan ini akan dilakukan.
INFO KESEHATAN