SHARING -- KISAH BENAR
Encik Hng dan isterinya yang berusia 37 tahun telah berkahwin selama 6 tahun. Atas sebab mereka berdua sibuk bekerja dan berada di luar negara sepanjang masa, jadi mengambil ketetapan untuk mencegah kehamilan pada 5 tahun pertama perkahwinan. Mempunyai anak akan menjadi satu penghalang atas kerjaya mereka.
Namun buah fikiran ini telah berubah apabila mereka melihat kawan-kawan yang membawa anak bersama semasa berkumpul,kanak-kanak yang comel dan bersuka ria telah menyentuh hati mereka. Pasangan itu mula tertanya-tanya apakah objektif kami bekerja keras selama ini? Adakah kami gembira?
Pada masa itu,mereka berhajat untuk mempunyai seorang anak. Anak bukan lagi sebagai penghalang atas kerjaya mereka.
Justeru, Encik Hng dan isterinya berusaha untuk mencapai keberhasilan dalam kehamilan. Mujurlah selepas 14 bulan, berita kehamilan disampaikan. Puan Hng dan suaminya menanti-nantikan anak pertama yang bakal dilahirkan dengan hati yang penuh kegembiraan. Selepas mengharungi 12 minggu kehamilan yang mana dianggap sebagai tempoh bahaya kehamilan,Encik Hng dan isterinya membeli barang-barang penggunaan bayi dan juga membuat rancangan demi masa depan bakal bayi.
Namun, pada minggu ke-17 kehamilan, mereka diberitahui bahwa bayi beresiko tinggi menghidap Sindrom Down. Selepas didiagnosis melalui pemeriksaan cecair amnion, dokter mengesahkan bahwa bayi itu telah menghidapi Sindrom Down . Berita buruk ini bagai satu pukulan besar yang menghancurkan harapan mereka. Mereka berdua berpeluk-pelukan dan bertangisan untuk meluapkan kesedihan.
menjalani pantang bersalin selepas keguguran
Menjaga anak yang menghidapi Sindrom Down merupakan satu perkara yang mencabar dan mungkin membawa bebanan dan ketiga-tiga orang juga akan mengalami penderitaan. Encik Hng dan Puan Hng berfikir-fikir dan berpendapat bahwa sekiranya ingin melahirkan anak, sebagai ibubapa perlulah memberi apa yang terbaik dan kegembiraan kepadanya, sebaliknya jika hanya memberi kesengsaraan, apa sebabnya membawa anak ke dunia ini?
Pasangan ini memutuskan untuk menjalankan keguguran semasa kandungan dalam 5 bulan. Selepas keguguran, Puan Hng turut menjalani segala pantang bersalin dan langkah penjagaan demi memelihara kesehatan badannya.
Encik Hng yang menghidapi Talasemia menjalani ujian analisa air mani selepas keguguran isterinya. Keputusan laporan menunjukkan bahwa kuantitas spermanya mencapai 53 mil/millimeter,motiliti terdapat 78%. Kedua-dua keputusan ini memang sesuai dengan darjah kehamilan secara alami. Tetapi, kuantitas sperma yang normal hanya 50% yang mana tidak mencapai ke taraf kehamilan secara alami.
Jadi,saya menyarankan Encik Hng supaya menerima rawatan rapi selama 6 bulan demi memperbaiki masalah kesehatan seperti Talasemia,kuantitas sperma normal yang kurang dan pertumbuhan lithiasis di bagian kiri testis.
Selain itu, saya juga memberi saranan kepada Puan Hng yang mengalami debaran jantung untuk membuat ujian darah, dan dia telah didiagnosis mengalami hipertiroid yang bertahap ringan. Puan Hng mencapai akil baligh pada umur 11 tahun yang mana dianggap awal jika berbanding dengan gadis muda yang lain. Siklus haidnya tidak teratur dan kian berubah menjadi normal selepas 3-4 tahun. Lagipun Puan Hng yang bekerja di luar negara mengalami tekanan kerja sepanjang masa turut mengakibatkan ketidakseimbangan hormonnya.
Selepas menerima rawatan rapi selama 3 bulan,keputusan ujian analisa air mani Encik Hng mencapai keberhasilan yang mana kuantitas sperma menaik sehingga 66 mil/millimeter dan morfologi juga mencapai kemajuan iaitu meningkai kepada 89%.
Apabila Puan Hng menghabiskan rawatan rapinya pada 3 bulan yang pertama, saya memberi saranan tidak perlu mencegah kehamilan, tetapi meneruskan pengambilan obatan pada 3 bulan yang kemudiannya. Semasa Puan Hng menghabiskan rawatannya pada bulan ke-5, berita kehamilan disampaikan. Saya memberi tunjuk ajar dalam langkah penjagaan semasa kehamilan dan banyak galakan kepada Puan Hng.
Betapa syukurnya semasa saya menerima berita baik ini dan semoga ibu dan anak sehat-sehat belaka.
banyak lagi kisah benar di
INFO KESEHATAN
https://www.facebook.com/pages/Info-...5378681?ref=hl
sila LIKE,maksih