SHARING
Jangan terlalu bimbang sekiranya kita berusaha untuk hamil, dan mempunyai kondisi perobatan yang masih berterusan. Kebanyakan kondisi itu dapat diuruskan dengan efektif dan kita masih berpeluang mendapat bayi sehat. Pastikan kita berjumpa dengan dokter lebih awal dan berbincang tentang pilihan yang ada.
Sekiranya kita mempunyai kondisi prawujud perobatan sebelum ini, merancang untuk hamil akan menjadi agak sukar. Dos obat mungkin perlu ditukar sebelum berusaha untuk hamil. Kita mungkin akan dipantau rapi apabila hamil.
Tiroid tidak aktif
Sekiranya tahap tiroid rendah, kita mungkin tidak berovulasi secara normal dan ini boleh menyukarkan kehamilan berlaku. Mengambil dos tiroksina yang bersesuaian bagi menampung kekurangan hormon,membolehkan ovulasi berlaku seperti biasa dan mengembalikan kesuburan.
Pemeriksaan berjumpa dokter bagi memeriksa tahap tiroid sebelum ibu mula hamil adalah penting. Andainya keadaan tiroid kita berada pada tahap rendah,dokter akan mencadangkan rawatan tiroksina bagi mencapai tahap normal sebelum ibu coba untuk hamil. Mempunyai masalah tiroid tidak membawa kesan ketara pada kehamilan, selagi ia diuruskan dengan baik. Membuat ujian darah pada setiap 4 hingga 6 minggu, membantu ibu sentiasa kekal sehat dan menjamin hormon tiroksina berada pada tahap normal.
Asma
Kebanyakan obat untuk merawat asma adalah selamat digunakan semasa hamil dan ramai ibu meneruskan pengambilannya. Bagaimanapun, sekiranya ibu berusaha untuk hamil, adalah lebih bagus sekiranya berjumpa dokter ataupun pakar bagi mengkaji semula rawatan yang sedia ada, kemungkinan sesetengah obat dan dos perlu diubah. Andainya asma kita berkurangan semasa hamil, kita mungkin boleh mengurangkan dos tetapi mesti dibawah pengawasan dokter.
Diabetes
Sama ada ibu mengalami diabetes jenis 1 ataupun 2, kita beresiko tinggi mengalami keguguran dan keabnormalan congenital pada bayi. Kita boleh mengurangkan resiko ini dengan berjumpa dokter atau pakar diabetes sebelum coba untuk hamil.
Dokter mungkin menyarankan supaya menukar rawatan diabetes,contohnya daripada obat makan kepada insulin. Bayi yang lahir daripada ibu berdiabetes, mempunyai resiko kecacatan lebih tinggi berbanding bayi biasa, jadi penting untuk kita mengambil asid folik semasa hamil. Dokter mungkin mencadangkan kita mengambil kira-kira 10 kali lebih daripada dos biasa, iaitu 400mcg. Diet seimbang juga penting. Makan makanan berkhasiat dan kontrol paras glukosa dengan kerap dan teliti. Ia akan membantu memaksimalkan peluang mendapat kehamilan sehat.
SEMOGA BERMANFAAT
banyak lagi info di Info Kesehatan Please LIKE