Hai,bunda-bunda… sini ada kisah benar nak share ni…
so touching...
Encik F dan isterinya merupakan satu pasangan yang amat saya kagumi atas ketabahan mereka dalam menghajati untuk beranak. Mereka sudah berumur 38 tahun. Kadar kesukaran Puan F untuk hamil adalah tipis. Mereka pernah mencuba kaedah IUI dalam 5 kali dan sekali IVF.
Puan F pernah berjaya hamil dengan kandungan berkembar, namun denyutan jantung janin berhenti semasa dalam kandungan minggu ketujuh dan kelapan masing-masing. Berita buruk ini mengakibatkan mereka berdua mengalami kehampaan yang besar.
Walaupun demikian, Encik F dan isterinya berjaya menempuhi segala rintangan dan kesulitan, dan terus berjuang selepas membaik pulih.
Apakah sebab yang mengakibatkan pasangan itu menemui banyak rintangan dalam kehamilan?
Tekanan darah Encik F agak tinggi,terutamanya tekanan darah diastolik. (pemeriksaan tekanan darah akan didapat dua angka. angka yang lebih tinggi diperoleh pada saat jantung berkontraksi iaitu sistolik, angka yang lebih rendah diperoleh pada saat jantung berelaksasi iaitu diastolik.sebagai contoh 160/100,160 rujuk kepada sistolik dan 100 rujuk kepada diastolik.) dan yakin bahwa ini berkenaan dengan penyakit keturunan keluarganya.
Encik F pernah mengalami beguk 2 kali semasa kecil. Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan pembengkakan dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Ia juga akan menjejaskan kesuburan dengan tahap yang berbeda-beda. Di samping itu, Encik F juga terdapat gejala-gejala prostat tependam(tersembunyi).
Justeru,Encik F menerima rawatan rapi selama 3 bulan dan menjalankan ujian analisa air mani selepas tamatnya rawatan. Oleh sebab Encik F menurut semua panduan yang dokter berikan semasa rawatan rapi, laporan analisa air maninya mencapai kemajuan yang ideal, iaitu 90 juta per milimeter, motiliti dan kuantiti sperma yang normal 80%.
Selain daripada siklus haid yang tidak teratur (30 hari sehingga 60 hari), Puan F rasa tiada masalah kesehatan yang lain dan tertanya-tanya kenapa menemui kegagalan dalam hamil dan mengalami keguguran.
Sejak datang haid kali pertama,siklus haid Puan F agak teratur, tetapi mula menjadi tidak stabil dalam 7-8 tahun kebelakangan ini. Selepas diagnosis,puncanya ialah tekanan kerja dan genetik diabetes jenis kedua. Perasaan tekanan telah mengakibatkan ketidakseimbangan hormon dan anovulasi. (tidak bertelur) Tekanan kerja yang terasa juga menjejaskan fungsi perut dan kualiti tidur. Akhirnya daya imuniti menjadi rendah dan berlakunya endometriosis.
Puan F menjalankan sesiri pemeriksaan hormon di akhir rawatan rapi dan laporan memaparkan kadar hormonnya amat ideal,terutamanya hormon lelaki dan hormon estrogen.
Dokter tidak memberikan pertolongan yang khusus dalam melaraskan siklus haidnya, hanya memberikan nasihat demi melegakan tekanan yang melambatkan siklus haid. Ini disebabkan siklus haid yang tidak teratur akan terlepas tempoh masa ovulasi. Bantuan utama yang dokter berikan ialah memastikan pasangan itu mempunyai syarat-syarat yang mencukupi untuk menggunakan kaedah hamil semulajadi, seperti kadar hormon yang ideal, kualiti ovum yang baik dan berlakunya ovulasi pada setiap siklus haid.
Selepas menerima rawatan dari dokter,pasangan itu berjaya hamil. Ketabahan dan kesabaran mereka telah memberi hasil.