Ibu hamil sepatutnya sering merasa pergerakan bayi pada masa ini, dania selalunya berlaku pada waktu anda ingin beristirahat. Semua aktivitas bayi seperti menendang dan menyiku akan membantu anda membentuk hubungan kasih sayang dengannya yang sedang membesar di dalam kandungan.
Jika ini kehamilan pertama, anda mungkin peka dengan pergerakan bayi di sekitar minggu ke-18 hingga 20. Pada kehamilan seterusnya, apabila terbiasa dengan tanda-tanda yang diperkatakan, anda mungkin mula merasa pergerakannya lebih awal iaitu sekitar minggu ke-15 dan 16.
Selepas rasa permulaan yang kabur, ada ibu hamil mengatakan ia seperti sayap kupu- kupu mengepak,dan pergerakan bayi menjadi lebih kuat dan tetap. Walaupun tidak sepenuh masa,anda akan merasa pergerakan lebih kasar seperti tendangan dan adakalanya bayi cuma ingin beristirahat.
Semasa sibuk, anda mungkin kurang memberi perhatian pada pergerakan yang dibuat oleh bayi. Ia selalunya lebih mudah dirasai sekiranya anda dudukdan beristirahat. Setiap bayi mempunyai paten berjaga dan tidur tersendiri. Pada ujung kehamilan, ibu hamil mungkin lebih faham tentang pergerakan tertentu bayi. Ini adalah senarai jangkaan yang mungkin berlaku apabila bayi anda membesar nanti.
Dari minggu 20-24
Apabila minggu bersilih ganti,ibu hamil akan menyadari aktivitas bayi semakin bertambah dengan perlahan-lahan. Mulai sekarang,selama 10 minggu bayi menjadi semakin sibuk dengan aktivitas tendangan dan balik kuang dalam keadaan terapung di dalam cecair amnion.
Dari minggu 24 hingga 28
Bayi sedu adalah satu perkara biasa.Walaupun ia bermula lebih awal dalam kehamilan. Ini mungkin menjelaskan rasa sentakan di dalam kandungan. Kantung amnion mengandungi 70ml (1.25 pain) cecair di dalamnya. Ia membantu bayi anda bergerak dengan bebas. Pada waktu ini, anda mungin menyadari bayi melompat apabila terdengar bunyi bising secara tiba-tiba.
Pada minggu ke-29
Pada peringkat kehamilan ini,bayi membuat pergerakan lebih kecil tetapi mantap. Dia mula rasa sempit di dalam uterus.
Pada minggu ke-32
Pergerakan bayi akan mencapai ke puncak aktivitas. Mulai sekarang,pergerakannya menjadi lebih sering dan pelbagai karena dia semakin besar dan kuat.
Di sekitar minggu ke-36
Bayi akan membuat pergerakan terakhir (biasanya kepala ke bawah) pada waktu ini, terutamanya apabila ini adalah kehamilan pertama. Dalam kehamilan pertama, otot uterus dan abdomen masih kuat dan membantu bayi kekal di tempatnya. Pergerakan jelas yang mungkin dirasai oleh ibu hamil pada waktu ini adalah merasa menyusuk daripada tangan dan kaki bayi, dan mungjkin juga beberapa tendang yang menyakitkan di bagian rusuk.
Sekiranya ibu bukan kehamilan pertama, otot abdomen menjadi sedikitlemah. Ini memberi peluang pada bayi berterusan mengubah kedudukan dan dia masih meneruskannya hingga ke saat akhir kehamilan.
Dari minggu 36 hingga 40
Sekarang, ibu hamil berada pada minggu terakhir kehamilan dan bayi menjadi semakin besar dan pergerakannya agak terbatas,tidak sekerap dulu. Sekiranya dia sedang menghisap jari dan “kehilangan” jarinya, anda boleh rasa pergerakan meluru yang cepat. Ini karena kepala bayi bergerak kekiri dan kanan dengan cepat untuk mencari ibu jarinya, sekali lagi.
Semasa 2 minggu terakhir kehamilan, pergerakan bayi mula berkurangan dan kadar tumbesaran bayi berkurangan sedikit. Ia adalah normal dan tidak masalah.
semoga bermanfaat
Info Kesehatan