Forum Ibu Hamil dan Kehamilan Daftar di IbuHamil.com untuk ikutan diskusi seputar kehamilan

  Forum Ibu Hamil dan Kehamilan > Diskusi Seputar Kehamilan > Diskusi Umum

Selamat datang di IbuHamil.com, sebuah forum seputar kehamilan. Untuk bertanya atau diskusi dengan bumil lain, silakan bergabung dengan komunitas kami.
  #1  
Old
hasna6...   TS 
 
Posts: 78
Default Carta suhu badan asas untuk mengira waktu kesuburan

Carta suhu badan asas (Basal Body Temperature,BBT) ialah suhu badan yang diambil semasa anda bangun dari tidur setiap pagi iaitu sebelum anda bangun dari ranjang atau gosok gigi.

Suhu badan agak sensitif terhadap progesterone ,jumlah paras hormon progesterone (12.8nmol/l) akan menyebabkan peningkatan suhu badan. Pada hari kedua berlakunya ovulasi,luteal yang dihasilkan oleh indung telur akan mengeluarkan progesteron dan menaikkan suhu badan antara 0.6 fahrenheit. Ini menyebabkan suhu badan akan menunjukkan perbedaan naik dan turun yang kontra. Kenaikan suhu badan akan kekal selama 12-16 hari (rata-rata ialah 14 hari).

Kalau tidak hamil, luteal akan menghentikan pengeluaran progesterone dan suhu badan akan menurun pada paras asas dan datang haid. Kalau hamil, atas sebab luteal dirangsang oleh gonadotropin akan meneruskan mengeluarkan progesterone,suhu badan kekal berada di paras tinggi.

Tetapi sekiranya fungsi indung telur tidak baik, tiada ovulasi dan juga tiada pembentukan luteal,maka suhu badan akan kekal berada di paras rendah.

Siklus haid wanita dianggap mula pada hari pertama datang haid,ia berbeda-beda antara individu yang mana antara 21-35 hari. Terdapat 2 fasa dalam siklus haid seseorang wanita iaitu fasa folikular dan luteal. Perkembangan folikel di dalam indung telur berlaku semasa fasa folikular.Pada ketika ini, hormone estrogen adalah tinggi.Sejurus selepas ovulasi berlaku, terdapat peningkatan hormone progesterone pula di dalam darah dan ini akan menyebabkan peningkatan suhu asas badan. Fasa folikular selalunya berubah-ubah, manakala fasa luteal selalunya adalah tetap dalam linkungan 14 hari.


Perubahan carta suhu asas badan adalah seperti di bawah:
1 ovulasi – semasa datang haid, suhu badan adalah rendah dan akan menaik selepas berlakunya ovulasi

2 fungsi indung telur yang tidak baik – siklus haid akan menjadi semakin pendek iaitu dari 28 hari berubah kepada 24 hari atau 22 hari. Tempoh peningkatan suhu badan juga menjadi kian pendek.

3 prolaktin terlalu tinggi – paras hormon prolaktin yang tinggi akan terjadi tempoh peningkatan suhu badan yang memendek.Telur juga kurang berkualitas dan peluang hamil adalah rendah atau berisiko dalam mengalami keguguran.

Penggunaan carta suhu asas badan adalah berperan dalam mengesan peningkatan hormon lutein demi memastikan adakah berlaku ovulasi. ini karena hanya berlakunya ovulasiakan menunjukkan peningkatan paras hormon lutein. Pada masa yang sama,tempoh fasa luteal sama ada pendek atau panjang akan digunakan untuk meramal fungsi indung telur. Secara lazimnya, tempoh peningkatan suhu badan yang melebihi 12 hari baru dikira indung telur anda berfungsi dengan normal. Sekiranya tempoh peningkatan suhu badan kekal 11 hari, mungkin adalah disebabkan kekurangan dalam fungsi luteal.


Carta suhu asas badan berperan dalam
1 mengesahkan adakah berlakunya ovulasi dan waktu kesuburan
2 mengesan fungsi luteal untuk mengesahkan fungsi indung telur
3 kehamilan atau keguran
4 menganalisa fungsi indung telur kaum wanita yang mengalami masalah kesuburan dan keberkesanan rawatan

semoga bermanfaat
Info Kesehatan
 
Thread lain yang berhubungan:
  #2  
Old
ummi k...
 
Location: di persingahan
Posts: 4,357
 
nice info, thanks...........
 
Silakan daftar untuk menulis pesan :-)


Topik yang mirip
Thread Thread Starter Forum Replies Post Terakhir
waktu yang tepat untuk cek kesuburan ke dokter -- Diskusi Umum 12
waktu yg tepat untuk periksa kesuburan -- Diskusi Umum 10
Suhtubuh di bawah suhu normal mempengaruhi kesuburan wanita -- Ngobrol Apa Saja 1
Suhu tubuh di bawah suhu normal mempengaruhi kesuburan wanita -- Ngobrol Apa Saja 25
tes kesuburan vd suhu basal tubuh saat masa subur -- Ngobrol Apa Saja 16


Zona waktu GMT +7. Waktu saat ini adalah 12:17.


IbuHamil.com - Forum Informasi Kehamilan
Forum diskusi kehamilan dan komunitas ibu hamil terbesar di Indonesia
© 2024 IbuHamil.com