SHARING
Sekiranya anda dan suami sudah membuat keputusan mahu mempunyai anak. Adakah anda bersedia?mungkin risau tentang berat badan yang berlebihan. Mungkin diet selama ini perlu diberi lebih perhatian. Pastinya dengan melakukan sedikit perubahan pada gaya hidup sekarang, memberi satu permulaan terbaik pada bakal bayi.
Paling penting waktu ini adalah keperluan makanan bergizi. Lupakan fad diet(diet yang mengurangkan badan dengan pantas)dan belajar makan makanan sebenar. Maksudnya, makanan yang mengandungi diet seimbang 3 kali sehari, merangkumi 5 bagian buah-buahan dan sayur-sayuran.
3 nutrisi paling penting untuk kesehatan ibu mengandung adalah kalsium,zat besi dan asid folik. Pastikan mendapat gizi ini secara langsung daripada susu, buah-buahan sitrus dan jus buah-buahan, makan sayur-sayuran berdaun hijau, kekacang,bijian penuh,roti dan emping jagung.
Anda mungkin mahu mengurangkan pengambilan kafein. Walaupun terdapat percanggahan antara kajian yang dilakukan terhadap perkaitan kafein dengan kesukaran untuk hamil, tetapi mengurangkan kafein harian adalah digalakkan.
Supplemen antenatal
Tiada pemakanan yang standing dengan diet seimbang dan bergizi. Tetapi mengambil supplemen antenatal memastikan kita mendapat bekalan vitamin dan mineral yang secukupnya. Paling penting adalah asid folik, iaitu vitamin B yang mampu mengelak kecacatan tiub neural ketika dalam proses pembentukan bayi.
Prihatian dengan berat badan
Sama ada kurang berat ataupun terlebih berat badan, ia mempengaruhi kesuburan dan memberi kesan ketara pada proses kehamilan. Berusaha untuk mendapat berat badan normal sekiranya kita mahu mempunyai peluang besar untuk hamil dan mempunyai tahap kesehatan memuaskan sepanjang kehamilan.
Sekiranya kita terlebih berat badan atau gemuk, jangan panik. Diet kilat boleh mengurangkan bekalan nutrisi badan, ia bukan satu tindakan bijak sekiranya kita berdiet semasa hamil kerana kita mungkin menghadkan pengambilan gizi penting oleh bayi. Cara terbaik untuk sukses adalah dengan mengamalkan diet seimbang, berserta aktivitas senaman sebelum kita hamil. Sasarkan pengurangan berat badan yang selamat,hingga ke 1kg dalam seminggu.
Andainya kira kekurangan berat badan, coba tambah berat badan. Risiko keguguran adalah tinggi sekiranya kita hamil dalam keadaan kekurangan berat badan. Walaupun ibu kurus mampu melahirkan bayi yang sihat, tetapi kajian menunjukkan ibu kurus mempunyai peluang besar untuk melahirkan bayi yang kurang berat badan. Pengambilan makanan manis seperti coklat tidak membantu kita mendapat vitamin dan mineral yang diperlukan, jadi dapatkan lebihan kalori dengan mengamalkan diet seimbang dan bergizi.
SEMOGA BERMANFAAT
Pria & Wanita