SHARING
Adakah penyakit asma sebagai punca ketidaksuburan? Adakah pesakit asma masih boleh beranak selepas perawatan?
Melalui penyelidikan klinikal pakar-pakar di Beijing mendapati bahwa asma dikenalpasti mempengaruhi kesuburan seseorang.
Pakar-pakar perobatan menggolongkan asma kepada 3 jenis iaitu tahap ringan, tahap sederhana dan tahap serius. Bagi golongan pesakit asma yang mendapat rawatan yang sewajar dan penyakit tidak berulang lebih daripada 3 kali dalam setahun, serta jangka berterusan adalah singkat, kesuburan mereka adalah terjamin. Di samping itu, hubungan seksual mereka juga tidak terjejas.
Namun, bagi golongan pesakit yang berada di tahap sederhana dan serius yang mana penyakit asma sentiasa berulang dan berterusan, mereka perlu elakkan diri daripada melakukan hubungan seks. Penyakit asma bukan sahaja merusakkan fungsi jantung dan paru-paru mereka bahkan pengambilan obat secara berpanjangan telah memberi efek buruk terhadap keadaan fizikal. Sama ada kekuatan badan atau kualitas sperma tidak dapat memenuhi hasrat kehamilan pesakit asma. Jadi pakar-pakar memberi saranan supaya merancang kehamilan hanya selepas mendapat rawatan yang berkesan.
Selain itu, pesakit asma di tahap ringan juga perlu berwaspada bahwa penyakit asma akan cenderung menjadi penyakit genetik iaitu anaknya berpeluang besar menghidap penyakit asma.
Pada umumnya, penyakit asma memberi efek negatif yang maksimum kepada kaum wanita yang mana pengambilan obat akan menjejaskan kesuburan mereka. Sekiranya anda ada mengambil obatan secara konsisten dan dalam jangka masa panjang, perlulah memberitahu dokter seandainya anda mempunyai rancangan kehamilan, dan dokter akan melaraskan pengambilan obat anda. Sekiranya anda mengambil obat bukan preskripsi, berjumpalah dengan dokter untuk meminta panduan dan langkah penjagaan sebelum waktu kehamilan anda.
Obat-obatan yang berasaskan immunosuppresif dan steroid seperti kortison dan “prednisolone ” digunakan untuk merawat asma dan lupus, dan obat-obatan tersebut akan menyebabkan siklus haid menjadi tidak teratur dan seterusnya menyukarkan kehamilan. Kedua-dua jenis obat ini juga akan menghalang kelenjar pituitari merembes hormon FSH dan LH yang mencukupi demi melancarkan ovulasi. Namun fenomena ini hanya berlaku dengan pengambilan obat tersebut dalam dos yang tinggi.
Selain itu, melalui kaji selidik menunjukkan bahwa golongan pesakit asma di kalangan umur 30 tahun dan keatas, 1/3 daripada mereka yang sukses hamil terdapat masalah kelewatan kehamilan. Menurut pakar, pesakit asma melewatkan waktu kehamilan adalah berkaitan dengan masalah keradangan dalam badan. Penyakit asma akan meyebabkan keradangan dalam badan bertambah banyak dan mengakibatkan kesukaran persenyawaan antara sel telur dan sperma. Justeru, kadar kesulitan kehamilan bertambah.