Forum Ibu Hamil dan Kehamilan Daftar di IbuHamil.com untuk ikutan diskusi seputar kehamilan

  Forum Ibu Hamil dan Kehamilan > Diskusi Seputar Kehamilan > Diskusi Umum

Selamat datang di IbuHamil.com, sebuah forum seputar kehamilan. Untuk bertanya atau diskusi dengan bumil lain, silakan bergabung dengan komunitas kami.
  #1  
Old
vita c...   TS 
 
Location: cilacap jawa tengah
Posts: 30
Default Mengapa saya tidak datang haid tetapi ujian upt negatif ?

Copas dr Dr Zubaidi Hj Ahmad

Saya menerima banyak pertanyaan melalui inbox di FB dari ramai wanita yang keliru mengenai perasaan mereka seperti hamil, kerana mereka mengalami darah haids untuk beberapa minggu, tetapi apabila melakukan ujian air kencing UPT mendapati negative (mereka tidak hamil).

Saya memahami perasaan mereka yang sangat berharap untuk hamil, namun belum lagi diberikan rezeki untuk hamil. Banyak berdoa dan teruskanlah usaha, semoga doa dimakbulkan Allah.

Perasaan untuk hamil setelah mencuba beberapa beberapa tahun mencuba bukanlah perasaan yang boleh diabaikan. Ramai yang menyatakan kesedihan kepada saya apabila setelah lama berikhtiar, pada saat darah haids tidak datang pada waktu yang sepatutnya, mereka amat mengharap agar mereka hamil. Apa lagi mereka mula mengalami tanda-tanda kehamilan seperti mual, muntah dan pening.

Saya selalu memberitahu bahawa mengalami tanda-tanda kehamilan seperti mual, letih dan pening tidak bermakna seseorang wanita itu hamil. Pemeriksaan air kencing UPT adalah kaedah pemeriksaan yang menentukan sama ada seseorang itu hamil atau tidak. Cara lain ialah dengan melakukan ultrasound bagi mengesan kehadiran janin dalam rahim.

Perasan seperti rasa seolah-olah hamil, disebut sebagai "Imaginary Pregnancy Symptoms (IPS)". Ia bukanlah istilah perobatan, tetapi suatu istilah untuk menggambarkan keadaan perasaan ini.

Perasaan ini datang apabila seseorang wanita sangat mengharapkan kehamilan apabila mereka mengalami ‘tidak datang darah haids’ pada waktu yang sepatutnya. Apa lagi seorang wanita itu mengalami rasa letih, kembung perut, bengkakan pada payudara, rasa mengidam dan rasa yang lain.

Perasaan mahu hamil akan menyebabkan seorang wanita rasa tanda-tanda ini adalah tanda kehamilan yang sebenar, pada hal ia harus dibuktikan dengan pemeriksaan airkencing UPT dan ultrasound.

Perasaan ini bukanlah disebabkan oleh kekacauan psikologi tetapi perasaan sebenar akibat reaksi hormone dalam tubuh yang telah bersedia untuk hamil. Apabila berlakunya ovulasi, tubuh seorang wanita sebenarnya telah sedia untuk hamil dengan mengeluarkan sedikit hormone, walaupun persenyawaan antara telur ovum dan sperna belum berlaku.

Antara hormone yang dikeluarkan dan menyebabkan IPS ialah hormon progesterone. Kepekatan hormon progesterone akan meningkat secara perlahan-lahan selepas berlakunya ovulasi dan kemudian turun secara perlahan-lahan jika seorang wanita tidak hamil.

Bagi wanita itu menjalani rawatan kesuburan, ubat-ubatan yang diberikan oleh doctor akan meningkatkan tahap hormone progesterone dalam tubuh wanita dan boleh menyebabkan menyebabkan IPS.

Jadi apa yang harus dilakukan jika seorang wanita tidak kedatangan darah haids dan mengalami tanda-tanda dan perasaan seperti kehamilan?

Saya selalu menasihatkan agar menunggu selama dua minggu dari tarikh darah haids sepatutnya hadir untuk menentukan seorang wanita benar-benar hamil atau tidak. Sebagai contoh jika bulan lepas, beliau kedatangan haids pada 3 Mar, maka jika 17 Apr, masih tidak mengalami haids, eloklah buat pemeriksaan air kencing UPT atau pemeriksaan ultrasound.

Jika beliau melakukan pemeriksaan tersebut lebih awal, dikhawatirkan beliau akan rasa kecewa atau tidak percaya dengan pemeriksaan doktor kerana kadang kala tanda-tanda kehamilan hampir sama dengan tanda-tanda ‘premenstrual tension’ sebelum kedatangan haids.

Janganlah terlalu mengikuti perasaan kehamilan itu, kerana ia bukanlah penentu sama ada seorang wanita itu hamil atau tidak. Tanda-tanda kehamilan tidak berlaku pada semua wanita yang hamil. Ada wanita yang rasa seolah-olah hamil kerana ada tanda muntah, letih, dan rasa payudara bengkak tapi hampa apabila mendapati mereka tidak hamil. Sementara ada wanita yang tidak mengalami rasa apa-apa dan mendapati mereka hamil.

Walaupun ada satu lagi istilah perobatan yang merujuk kepada masalah psikologi yang lebih serius iaitu ‘pseudocyesis’ di mana seorang benar-benar percaya bahawa beliau hamil walaupun telah dibuktikan bahawa beliau sebenarnya tidak hamil. Berlainan dengan IPS, yang hanya mengalami rasa keliru dan ragu-ragu, tetapi ‘pseudocyesis’ seorang itu benar-benar percaya bahawa beliau telah hamil.

Apa agaknya punca seorang wanita tidak mengalami haids pada waktu yang tetap ? Untuk menjawab soalan ini, kita harus faham bahawa wanita mempunyai berbagai hormone yang mempengaruhi kesuburan beliau.

Dalam tubuh wanita ada organ ovari yang mengeluarkan satu telur ovum pada setiap bulan setelah mendapat isyarat-isyarat dari berbagai hormone. Apabila telur ini tidak disenyawakan, ia akan dikeluarkan bersama dengan lapisan endometrium, menjadi darah haids selepas 14 hari.

Jadi apabila tubuh seorang wanita tidak menerima isyarat dari hormone-hormon tertentu, telur ovum tidak dikeluarkan dan kemungkinan rahim juga turut mengeluarkan darah haids. Sebab itu, apabila seorang wanita tidak kedatangan haids untuk doktor akan memberikan pil hormone bagi memberikan ‘isyarat palsu’ pada rahim untuk mengeluarkan darah haids.

Oleh itu jika seorang wanita tidak kedatangan haids selama enam bulan dan didapati tidak hamil, saya mencadangkan agar melakukan beberapa pemeriksaan hormone.
Antaranya ialah :

• Hormon Thyroid : Hormon thyroid mengawal metabolisme dalam tubuh dan merupakan antara hormon yang penting mengawal kitaran haids. Selain tidak mengalami darah haids, seorang wanita yang mengalami masalah hormone thyroid juga mengalami beberapa masalah seperti cepat letih, bertambah berat badan dan mudah rasa dingin. Pemeriksaan darah membantu doctor menentukan sama ada kelenjar berfungsi dengan baik atau pun tidak.

• Hormon Prolactin. Bagi wanita yang tidak mengalami kitaran haids, mungkin disebabkan otak mengeluarkan hormone prolactin yang terlalu banyak. Prolactin selalunya dikeluarkan dengan banyak ketika seorang wanita sedang menyusukan bayi mereka. Oleh itu ada wanita yang menyusukan anak tidak mengalami kedatangan haids. Peningkatan hormone ini dapat dirawat dengan mengambil obat-obatan.

Jadi janganlah terlalu kecewa apabila tidak hamil. Jangan mudah putus asa. Buatlah pemeriksaan secara lengkap terhadap kesuburan.

Wallahu a’lam.
 
Thread lain yang berhubungan:
Silakan daftar untuk menulis pesan :-)


Topik yang mirip
Thread Thread Starter Forum Replies Post Terakhir
Saya Hamil atau tidak ya? (2 minggu tidak haid) -- Diskusi Umum 15
haid g datang tapi negatif.. -- Diskusi Umum 1
biasanya datang bulan lebih cepat tetapi sekarang tidak kenapa ya? -- Diskusi Umum 1
5 Bulan gak datang haid, TP negatif -- Ngobrol Apa Saja 3
istri saya kalau datang bulan tidak lancar dan sakit sekali -- Ngobrol Apa Saja 1


Zona waktu GMT +7. Waktu saat ini adalah 02:36.


IbuHamil.com - Forum Informasi Kehamilan
Forum diskusi kehamilan dan komunitas ibu hamil terbesar di Indonesia
© 2024 IbuHamil.com