Forum Ibu Hamil dan Kehamilan Daftar di IbuHamil.com untuk ikutan diskusi seputar kehamilan

  Forum Ibu Hamil dan Kehamilan > Diskusi Seputar Kehamilan > Diskusi Umum

Selamat datang di IbuHamil.com, sebuah forum seputar kehamilan. Untuk bertanya atau diskusi dengan bumil lain, silakan bergabung dengan komunitas kami.
  #1  
Old
hasna6...   TS 
 
Posts: 78
Default Skan Anomali

Ibu hamil membuat skan Anomali (Anomaly Scan) terinci di sekitar waktu ini. Ia adalah satu masa yang menyenangkan di sepanjang tempoh kehamilan dan anda mungkin ingin berkongsi bersama pasangan. Adakalanya, masalah dapat dikesan pada waktu ini, tetapi bayi anda sememangnya masih dalam kondisi selamat.

Kebanyakan ibu hamil menjalani skan terinci di sekitar minggu ke-20 kehamilan. Ia bertujuan untuk memeriksa dan memastikan bayi anda membesar dengan normal. Ia biasanya dikenali sebagai skan anomali. Ia dilakukan bagi mengenalpasti, sekiranya ada sebarang unsur abnormal pada perkembangan dan tumbesaran bayi, dan memeriksa posisi plasenta.

Melihat bayi di atas skrin adalah saat yang menyenangkan dan mengharukan. Tujuan utama skan ini adalah untuk melihat sebarang keabnormalan pada bayi. Kebiasaannya skan akan mengambil masa antara 15 hingga 20 menit.


Perkara tidak normal (keabnormalan)
Hampir separuh daripada keabnormalan serius dapat dikesan semasa skan anomali. Ia termasuklah:

1. Keabnormalan serius pada lengan (hilang atau lengan pendek) hampir 90% daripada kes ini diketahui semasa membuat skan
2. Hernia diafragma (lubang di antara otot memisahkan dada dan abdomen). Hampir 60% daripada kes ini ditemui semasa membuat skan.
3. Spina bifida (saraf tunjang terbuka). Hampir 90% kes ini ditemui semasa membuat skan.
4. Masalah serius buah pinggang (hilang atau buah pinggang luar biasa). Hampir 85% kes ini ditemui semasa membuat skan.
5. Hidrosefalus (lebihan cecair dalam otak). Hampir 60% kes ini ditemui semasa membuat skan.
6. Sindrom Down. Hampir 40% kes ini ditemui semasa membuat skan. Kadangkala, bayi yang mempunyai Sindrom Down mempunyai masalah jantung dan usus yang jelas kelihatan.

Masalah jantung serius (seperti kecacatan pada ruang, injap dan pembuluh jantung). Hampir 25% masalah ini ditemui semasa membuat skan.

Sesetengah masalah,termasuk kecacatan jantung dan halangan usus tidak kelihatan jelas hingga akhir tempoh kehamilan. Pemeriksaan rutin antenatal akan mengesan sebarang masalah yang timbul kelak.

Sekiranya ibu hamil mempunyai sejarah pelahiran terlalu awal atau keguguran,perlu menjalani skan bagi mengukur panjang serviks.


Pemeriksaan dan ukuran skan Anomali
Pakar sonographer akan memeriksa beberapa bagian badan bayi bagi melihat,berapa sempurna dia membesar:

1. Kepala bayi akan diperiksa dahulu bagi melihat bentuk dan struktur dalamannya
2. Tulang belakang diperiksa bagi memastikan semua vertebra tersusun selari dan kulit membungkus tulang itu dengan sempurna
3. Dinding abdomen bayi juga diperiksa bagi memastikan ia membaluti semua organ dalaman
4. Jantung diperiksa bagi melihat saiz dan bentuknya
5. Perut perlu kelihatan jelas dibawah jantung
6. Sonographer juga memastikan bayi mempunyai dua buah pinggang dan air kencingnya keluar bebas ke dalam pundi
7. Lengan dan kaki diperiksa sekiranya ada sebarang keabnormalan
8. Tangan dan kaki bayi juga akan diperiksa
9. Ari-ari,tali pusat dan cecair amnion diperiksa kesemuanya


semoga bermanfaat
Info Kesehatan
 
Silakan daftar untuk menulis pesan :-)


Topik yang mirip:
Tools kehamilan:

Zona waktu GMT +7. Waktu saat ini adalah 12:35.


IbuHamil.com - Forum Informasi Kehamilan
Forum diskusi kehamilan dan komunitas ibu hamil terbesar di Indonesia
© 2024 IbuHamil.com