Kesan hormon kehamilan dan lebihan berat badan boleh membawa pada masalah sakit belakang. Hindari sakit belakang dengan membetulkan postur badan, meninggalkan sepatu hak tinggi dan sering senaman.
Otot belakang,abdomen bawah dan lantai pelvis membantu menggerak dan menstabilkan sendi belakang dan pelvis. Apabila uterus dan bayi semakin membesar,ia menjadi lebih susah pada otot-otot itu melakukannya dan menyebabkan sakit belakang.
Tip mengelak sakit belakang
1. Elak mengangkat benda berat
Sekiranya anda perlu mengangkat ataupun membawa barang,pegang ia berdekatan dengan badan dan bengkokkan kaki selain daripada belakang,dan coba untuk tidak berpusing. Sekiranya ibu hamil mempunyai anak kecil,lihat sekiranya dia ingin memanjat naik ke atas sofa atau kursi sebelum anda mengangkatnya.
2. Bersenam secara tetap
Ibu hamil boleh mengurangkan risiko sakit belakang apabila sering bersenam. Dapatkan nasihat tentang senaman terbaik semasa hamil.
3. Memakai sepatu selesa
Sesetengah ibu hanya sesuai memakai sepatu leper, tetapi ada yang perlukan sepatu hak rendah bagi mengalih sedikit tekanan daripada belakang.
4. Memperbaiki postur badan
Apabila berdiri, bayangkan seseorang sedang membuat anda tegak berdiri dengan menarik tali yang diletak di atas dan di belakang kepala anda. Mengetatkan otot lantai pelvis dan otot perut turut membantu menyokong belakang badan dalam postur ini.
5. Duduk dalam postur yang elok
Apabila duduk pastikan bagian belakang anda disokong dengan baik. Coba letak handuk kecil yang bergulung seperti bentuk sosej di bagian berlubang pada belakang.
6. Melutut di atas tangan dan lutut
Ini mengurangkan tekanan pada belakang daripada bayi. Naikkan badan hingga membentuk bonggol (menarik tulang ekor ke bawah),kemudian kempiskan bonggol itu dalam arah bertentangan (aktivitas membonggol dan mengempis). Ulang dalam pergerakan berayun dapat membantu melegakan belakang atau sakit pelvis.
semoga bermanfaat
Info Kesehatan